Imej Pengolokan Xiaomi 13 Ultra Tertiris
Xiaomi 13 Ultra akhirnya disahkan akan dilancarkan pada 18 April ini, lebih awal daripada ura-ura pelancaran berlaku pada bulan Mei. Peranti ini akan memfokuskan kepada fotografi dengan bekerjasama bersama Leica dan menggunakan sensor kamera 1″.
Hari ini imej pengolokan rasmi peranti ini tertiris dan memperlihatkan rekaan yang jelas sekali menekankan penggunaan kamera.
Peranti ini nampak premium dan unik dengan sisi yang rata dan skrin melengkung. Di bahagian belakang ada bonggol kamera berbentuk bulat gergasi yang sedikit lebih tinggi berbanding panel belakang. Kemasan juga nampak mewah cuma tidak pasti apakah bahan binaannya selain daripada aluminium dan kaca.
Xiaomi 13 Ultra dikatakan menggunakan skrin 6.7″ AMOLED LTPO 120Hz yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori mencapai 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512 GB. Kamera utama adalah 50+50+50+50 Megapixel dan kamera swafoto 32 Megapixel. Peranti ini dijangka mempunyai kapasiti bateri 4900mAh dengan pengecasan 90W.
Sama-sama kita nantikan 14 April untuk ketahui spesifikasi lanjut dan harga jualan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment