Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makanan Berbuka Boleh Dipanaskan Dalam Kereta Dengan Ketuhar Gelombang Mikro Makita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makanan Berbuka Boleh Dipanaskan Dalam Kereta Dengan Ketuhar Gelombang Mikro Makita


Kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur sudah berlarutan puluhan tahun lamanya walaupun jumlah laluan ditambah dan jalan baharu dibina. Hakikatnya ketika bulan Ramadan ini kami sudah beberapa kali berbuka di dalam kereta kerana terperangkap dalam kesesakan. Jika anda bosan terpaksa berbuka dengan makanan yang sejuk, Makita telah menghasilkan ketuhar gelombang mikro mudah alih.

Ia direka untuk pekerja tapak pembinaan yang bosan menjamah makanan yang sejuk ketika bekerja. Ketuhar ini boleh disandang dan mudah dibawa kemana-mana. Dengan kuasa memanas antara 350-500W yang membolehkan makanan dipanaskan dalam masa beberapa saat sahaja. Menerusi pek bateri yang disertakan, Makita berkata 11 pek makanan dan 20 cawan minuman 200 ml boleh dipanaskan sebelum perlu dicas semula. Terdapat sokongan palam kuasa juga sekiranya ketuhar ingin digunakan seperti biasa.

Selain itu terdapat port USB di belakang membolehkan ia juga berfungsi sebagai pengecas peranti lain di tapak pembinaan. Pada waktu Makita hanya menawarkan ketuhar gelombang mikro ini di Jepun pada harga 110,000 Yen (~RM3700) sebuah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.