Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Sedang Membangunkan Cip AI Tersendiri Dalam Usaha Mengurangkan Kos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Sedang Membangunkan Cip AI Tersendiri Dalam Usaha Mengurangkan Kos


Microsoft kini dilaporkan sedang membangunkan cip tersendiri memfokuskan kecerdasan buatan, sekaligus dijangka akan menyaingi penawaran NVIDIA. Dengan pembangunan cip tersendiri, Microsoft menyasarkan agar dapat mengurangkan kos, selain lebih mengoptimasikan cip mereka untuk penawaran kecerdasan buatan seperti ChatGPT dan lain-lain.

Pada hari ini, NVIDIA merupakan penyedia utama untuk pelayan-pelayan yang digunakan untuk kecerdasan buatan. Pelbagai syarikat kini berlumba dalam mendapatkan cip keluaran NVIDIA, selari dengan peningkatan pembangunan kecerdasan buatan oleh pelbagai syarikat diseluruh dunia.

Ia dikatakan pembangunan ini tidak akan menggantikan sepenuhnya penawaran NVIDIA, tetapi akan membantu Microsoft dalam mengurangkan kos mereka. Apatah lagi kini Microsoft mengintegrasikan kecerdasan buatan pada pelbagai produk, termasuk Bing dan Microsoft Office. Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada cip baharu ini akan menguasakan penawaran Azure pada masa akan datang atau hanya untuk penggunaan Microsoft secara dalaman sahaja.

Selain Microsoft, beberapa firma teknologi turut membangunkan cip mereka tersendiri, termasuk Meta dan Google.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.