Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix Kini Mempunyai 232.5 Juta Pelanggan Dan Menangguh Halangan Perkongsian Kata Laluan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix Kini Mempunyai 232.5 Juta Pelanggan Dan Menangguh Halangan Perkongsian Kata Laluan


Setahun yang lalu ramai mengatakan Netflix akan berkubur kerana jumlah pelanggan berkurangan buat pertama kali dalam sejarah menyebabkan nilai sahamnya juga terjejas. Tetapi hari ini mereka mengumumkan mempunyai 232.5 juta pelanggan berbayar yang merupakan peningkatan 1.75 juta pelanggan berbanding suku yang lalu.

Yang menariknya bagi Netflix ialah pendapatan daripada langganan pelan dengan sokongan iklan kini adalah lebih tinggi berbanding pelan langganan asas tanpa iklan. Kerana sambutan yang menggalakkan ini, Netflix bercadang memberikan penstriman HD penuh dan pada dua peranti serentak pada pelan dengan sokongan iklan. Sebelum ini ia dihadkan kepada HD sahaja dengan satu strim. Pelan ini masih lagi tidak akan menawarkan keseluruhan katalog Netflix kepada pelanggan.

Serentak dengan pengumuman hari ini, Netflix berkata mereka akan menangguh pelan mengharamkan perkongsian kata laluan di Amerika Syarikat yang telah diuji di Kanada, New Zealand, Portugal dan Sepanyol.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.