Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Konsol Mudah Alih Baharu
Xperia Play, PlayStation Portable (PSP) dan PlayStation Vita ialah tiga konsol mudah alih yang pernah ditawarkan oleh Sony dengan tidak semuanya berjaya. Selepas Sony tidak lagi menawarkan konsol mudah alih, Nintendo Switch dan Steam Deck pula kini popular. Melihat kepopularan dua konsol ini, Sony kini sedang membangunkan konsol mudah alih terbaru mereka.
Menurut laporan Insider Gaming konsol ini sedang dibangunkan menggunakan nama kod Q Lite. Ia membolehkan pemilik menikmati permainan PlayStation 5 menerusi ciri Remote Play. Oleh itu memerlukan sambungan internet sepanjang masa. Ia boleh menstrim kandungan Remote Play pada tetapan 1080p 60FPS.
Dari segi rekaan ia dikatakan seperti sebuah pengawal permainan Sony DualSense tetapi mempunyai skrin sebesar 8-inci di bahagian tengah. Kesemua butang kawalan haptik yang ada pada DualSense akan dikekalkan. Q Lite mungkin akan dilancarkan selepas PlayStation 5 Pro yang turut dikatakan akan dilancarkan kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment