Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Memperkenalkan Dermaga Surface Thunderbolt 4 Dock Untuk Peranti Surface - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Memperkenalkan Dermaga Surface Thunderbolt 4 Dock Untuk Peranti Surface


Salah satu kekurangan paling ketara pada peranti-peranti Surface ialah kekurangan palam. Microsoft dilihat memperbaiki kekurangan ini dengan memperkenalkan aksesori Microsoft Surface Dock yang memuatkan pelbagai jenis palam untuk pengguna peranti Surface.

Dengan pelancaran peranti-peranti Surface terbaru mereka, Microsoft juga telah memperkenalkan dermaga terbaru mereka, iaitu Microsoft Surface Thunderbolt 4 Dock yang tampil dengan sejumlah besar palam-palam bagi pengguna yang memerlukan sambungan tambahan untuk aksesori-aksesori berbeza.

Apa yang menarik mengenai dermaga terbaru ini ialah ia menggunakan sambungan USB Type-C dan tidak lagi menggunakan sambungan Surface Connect seperti dermaga-dermaga sebelum ini. Ia disambungkan terus ke palam Thunderbolt 4 peranti Surface anda untuk memanfaatkan fungsi penuh seperti kadar penghantaran data 40Gbps dan juga pengecasan 96W.

Kelebihan dermaga ini kali ini ialah ia juga boleh digunakan sebagai sebuah aksesori oleh komputer-komputer berjenama lain asalkan ia disambungkan

Dari segi penawaran palam, dermaga ini hadir dengan satu palam USB Type-A di bahagian hadapan, manakala di bahagian belakang pula ialah dua lagi palam USB Type-A, dua palam USB Type-C, satu palam Ethernet 2.5Gbps dan satu palam audio 3.5mm.

Microsoft mengatakan bahawa dermaga Microsoft Surface Thunderbolt 4 Dock ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih pada harga $299.99. Buat masa ini Microsoft Malaysia belum mengesahkan lagi sekiranya produk ini akan tiba untuk pasaran tempatan menemani peranti Surface yang mula dijual beberapa bulan dahulu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.