Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Beats Studio Buds+ Kini Tersenarai Di Malaysia Pada Harga RM699 – Boleh Diguna Bersama Android - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Beats Studio Buds+ Kini Tersenarai Di Malaysia Pada Harga RM699 – Boleh Diguna Bersama Android


Apple Malaysia kini telah menyenaraikan sebuah lagi fon telinga nirwayar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Beats Studio Buds+. Ia kini disenaraikan sebagai akan datang untuk pasaran tempatan, dan disenaraikan pada harga RM699.

Fon telinga nirwayar ini hadir dengan rekaan yang kemas, menyertakan ciri seperti pembatalan hinggar aktif, dan juga Transparency Mode. Ia turut boleh digunakan bersama pelbagai ciri Apple, termasuk Hey Siri dan juga Find My. Disamping itu, fon telinga ini turut boleh diguna bersama-sama peranti Android.

Beats Studio Buds+ hadir dengan penggunaan bateri sehingga 36 jam lamanya bersama bekas. Untuk sekali penggunaan, ia menawarkan masa penggunaan sehingga 9 jam. Ia turut menggunakan pengecas berasaskan USB-C.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Beats Studio Buds+ ini akan dijual secara rasminya di Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.