Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masa Terbaik Untuk Membeli TV Baharu Samsung Neo QLED 4K – Promosi Naik Taraf + Diskaun 35% Q-Series SoundBar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masa Terbaik Untuk Membeli TV Baharu Samsung Neo QLED 4K – Promosi Naik Taraf + Diskaun 35% Q-Series SoundBar


Pembelian TV mungkin dilakukan sekali-sekala dan TV mempunyai jangkahayat yang lebih lama berbanding telefon pintar. Namun mungkin anda ingin bertukar TV yang mempunyai teknologi lebih canggih, atau apabila ingin bertukar saiz TV untuk lebih besar serta resolusi lebih tinggi.

Untuk masa terhad sehingga 24 Mei ini, Samsung menawarkan naik taraf percuma TV ke model terkini 2023. Dengan kata lain, jika anda memilih TV 55 inci QN80, anda masih hanya perlu membayar RM 5,999 untuk mendapatkan TV 55 inci QN85 (harga asal RM 7,299) dengan fungsi yang dikemaskini.

Ini merupakan tawaran yang menarik kerana dengan kemaskini model baharu, pelbagai fungsi baharu turut disertakan yang pastinya memberikan pengalaman yang lebih unggul sewaktu menonton TV. 

100% Warna Dengan Teknologi Quantum Dot, Termasuklah Piawaian PANTONE 

Jika anda didalam industri reka grafik, anda pastinya mengenal istilah PANTONE sebagai satu piawaian warna yang seragam walau dilihat dalam monitor dan pada dunia sebenar. 

Dan jika anda membeli TV dari Samsung, panel TV mereka mempunyai piawaian PANTONE. Dengan kata lain, keseragaman penghasilan warna yang dilihat pengguna adalah dijamin seragam, dan lebih cantik, serta persis. 

Malah dengan teknologi Quantum Dot, ia memberikan lebih dari 1 bilion jenis warna yang dapat dihasilkan. Jadi tiada sebarang kesilapan warna, atau kejanggalan yang terjadi apabila menonton sebarang video menggunakan TV Samsung.

Teknologi Quantum HDR+ Dan Motion Xcelerator Turbo+ Memberikan Pengimejan Mantap

Tidak cukup dengan teknologi warna, jurang kecerahan dan kegelapan pada TV ini juga luas dengan adanya Quantum HDR+. Jika terdapat sebarang filem atau permainan yang menyokong HDR, tiada sebarang masalah bagi TV Neo QLED Samsung ini memaparkannya. 

Malah, khas buat anda yang mencari TV untuk permainan video, atau untuk imej yang bergerak pantas, terdapat fungsi Motion Xcelerator Turbo+ yang menyokong 120Hz. Jadi jika anda menyambungkan konsol mahupun komputer anda kepada TV ini untuk bermain, pergerakan dijamin tiada sebarang kecacatan sela masa, malah pada 120Hz kesemua pergerakan dilihat lebih sempurna tanpa cacat cela. 

Lengkapkan TV Anda Dengan Soundbar Q-Series

Dengan penjimatan tinggi yang ditawarkan Samsung, anda boleh membeli Soundbar Q-Series bagi melengkapkan pengalaman audio yang sekufu dengan kualiti visual diberikan oleh TV Neo QLED 4K Samsung. 

Ini kerana Soundbar Q-Series turut dilengkapi dengan sistem Dolby Atmos tanpa wayar yang pertama di dunia. Ini memberikan nilai estetika yang lebih pada mana-mana ruangan di rumah anda, dimana anda tidak memerlukan wayar untuk menyambung TV dengan Soundbar anda. Ia sekaligus tidak membuatkan situasi wayar berselirat, dan kelengkapan anda nampak cantik di ruang rumah anda. 

Pembesar Suara 11.1.4ch Berteknologi Q-Symphony dan SpaceFit Sound Pro Memenuhkan Ruang Dengan Bunyi Mengasyikkan

Jika anda rasakan Soundbar tidak mencukupi kerana saiznya, Soundbar Q-Series ini memberikan pengalaman bunyian 11.1.14ch, cukup untuk membuatkan anda mendengar bunyi dari pelbagai sudut. 

Ini diperkaya lagi dengan teknologi Q-Symphony yang turut membunyikan pembesar suara pada TV Neo QLED ini, dan kesemua pembesar suara baik dari TV dan juga Soundbar akan berfungsi serentak, memberikan kualiti bunyi yang lebih jitu.

Lebih dari itu, pengguna tidak perlu melakukan apa-apa tetapan talaan bunyi kerana fungsi SpaceFit Sound Pro akan melakukan talaan secara automatik untuk pengguna.

———————

Jelas sekali dengan kesemua ciri-ciri yang ada pada TV Samsung Neo QLED ini, dan juga Soundbar Q-Series yang berprestasi tinggi, dapat memberikan pengalaman mengasyikkan untuk pengalaman audio visual di rumah anda. Malah, jika anda pengguna Samsung Galaxy S23, anda boleh mengawal TV ini menggunakan peranti tersebut menerusi fungsi SmartThings.

Dan untuk masa terhad sehingga 24 Mei, selain dari promosi naiktaraf percuma, pengguna juga turut mendapat diskaun 35% diskaun apabila membeli Soundbar Q-Series. 

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.