Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa AI Meninggalkan Google Dan Memberikan Amaran Mengenai Bahaya Penggunaannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa AI Meninggalkan Google Dan Memberikan Amaran Mengenai Bahaya Penggunaannya


Geoffrey Hinton yang merupakan individu yang membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah meninggalkan Google dan memberikan amaran mengenai penggunaan teknologi yang dilihat berbahaya kepada manusia. Dalam temuramah bersama New York Times, Hinton berkata dengan kadar peningkatan kemampuan AI yang berlaku sekarang ia mungkin akan melangkaui kemampuan manusia.

AI menurut beliau lagi boleh digunakan untuk tujuan jahat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu Hinton menyesali kerja yang dilakukan oleh beliau dalam pembangunan AI di peringkat awal. Beliau meninggalkan Google kerana sudah berusia 75 tahun. Walaupun mengkritik mengenai bahawa AI, Hinton tidak mengkritik bekas majikan kerana berkata Google bertanggungjawab dalam membangunkan kecerdasan buatan mereka.

Isu mengenai bahaya AI amat popular dalam karya-karya sains fiksyen. Dalam Terminator misalnya, AI Skynet mencapai tahap kesedaran sehingga menyebabkan manusia hampir musuh dalam serangan senjata nuklear. Kerisauan ini muncul semula dengan terdapat gerakan supaya pembangunan AI diperlahankan seketika bagi melihat impaknya ke atas tamaduna manusia dalam masa terdekat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.