Mastodon Kini Memudahkan Pendaftaran – Pengguna Tidak Lagi Perlu Pening Pilih Pelayan Untuk Disertai
Mastodon merupakan salah satu laman sosial yang hadir sebagai alternatif kepada Twitter, dan memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan sosial secara terpencar. Ini sekaligus membolehkan pengguna bebas memilih pelayan yang mereka ingin sertai dan hoskan data mereka.
Namun, perkara berkenaan membuatkan ramai pengguna tidak begitu memahami penggunaannya – malah ramai tidak mendaftar kerana tidak mengetahui kaedah pemilihan pelayan untuk perkhidmatan sosial tersebut.
Kini, pembangunnya akhirnya menyelesaikan perkara tersebut. Pengguna kini akan ditawarkan dengan pelayan utama @mastodon.social apabila cuba mendaftar akaun pada perkhidmatan tersebut.
Dengan fokus kepada penawaran perkhidmatan terpencar, pengguna akan boleh memilih untuk berpindah ke pelayan lain pada bila-bila masa sahaja. Disamping itu, ketika pendaftaran juga, sekiranya anda mengetahui pelayan Mastodon lain, boleh menetapkannya dan mendaftarkan terus melaluinya.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Mastodon kini di Android dan iOS, dan mencuba perkhidmatan alternatif untuk Twitter ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment