Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Akan Mula Padam Akaun Yang Tidak Diakses Selama 2 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Akan Mula Padam Akaun Yang Tidak Diakses Selama 2 Tahun


Google hari ini memaklumkan berkenaan pelaksanaan polisi baharu untuk akaun Google. Menurut Google, dalam usaha menambah baik sekuriti dan mengelak akaun tidak digunakan menjadi mangsa, kini Google mengemaskini polisi melibatkan akaun yang tidak aktif.

Google Search

Bermula Disember 2023 ini, Google akan mula padam akaun-akaun Google yang tidak aktif selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Akaun yang tidak aktif ini dilabelkan sebagai akaun yang tidak digunakan atau tidak didaftar masuk untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.

Google akan memadam bukan sahaja akaun, tetapi juga kandungan – termasuk GMail, Google Docs, Google Drive, Youtube dan juga Google Photos. Google menyatakan akan memaklumkan serta menghantar notifikasi berkali-kali sebelum memadam sesuatu akaun.

Bagi anda yang menggunakan akaun Google, jangan lupa log masuk sekurang-kurangnya dua tahun sekali bagi mengelak akaun anda hilang begitu sahaja bersama-sama pelbagai kandungan pada akaun Google anda.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.