Microsoft Memperkenalkan Windows Copilot Untuk Windows 11
Microsoft pada tahun ini sedia membawa integrasi kecerdasan buatan pada pelbagai produk mereka. Hari ini, gergasi perkomputeran berkenaan turut mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu dinamakan Windows Copilot untuk pengguna Windows 11.
Microsoft menyatakan dengan pengenalan Windows Copilot, ia menjadikan Windows 11 sebagai sistem operasi pertama yang mempunyai integrasi kecerdasan buatan berpusat melaluinya.
Windows Copilot boleh diakses ketika menggunakan sebarang aplikasi atau pada sebarang bahagian sistem operasi. Seperti Bing Chat, pengguna boleh bertanyakan sebarang soalan ke Windows Copilot, termasuk memberikan arahan dalam melakukan sesuatu perkara, atau memudahkan tugasan pengguna.
Microsoft menyatakan ciri Windows Copilot akan ditawarkan dalam bentuk ujian awal pada bulan Jun kelak, untuk pengguna Windows 11.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment