Netflix Perangi Perkongsian Kata Laluan – Kini Tawarkan Akaun Tambahan Pada RM13 Sebulan
Netflix sedia menyatakan sebelum ini mereka akan memerangi perkongsian akaun bersama pengguna yang tidak menetap bersama dalam satu rumah. Kini, melalui emel yang dihantar Netflix kepada pengguna Malaysia, ia dilihat penyedia perkhidmatan penstriman popular berkenaan telah mulakan langkah awal dalam memerangi perkongsian kata laluan dengan mereka yang tidak menetap dalam perumahan sama.
Netflix menekankan yang mana akaun Netflix hanya untuk digunakan oleh sesuatu isi rumah sahaja. Namun, terdapat sejumlah pengguna yang berkongsi kata laluan walaupun duduk berjauhan dan bukan dari keluarga sama. Kini, dalam memeranginya, Netflix hadir dengan beberapa alternatif kepada pengguna.
Yang pertama, Netflix kini benarkan pengguna untuk memindahkan profil dengan muat-turun dan pindah ke akaun baharu di Netflix.
Atau sebagai alternatif lain, pengguna boleh kekal berkongsi akaun Netflix dengan mereka yang tidak tinggal bersama, tetapi dengan bayaran tambahan RM13 sebulan. Pembayaran tambahan kepada pelan sedia ada ini akan membolehkan akaun tambahan ini mempunyai akaun dan kata laluan tersendiri – dan tidak lagi perlu berkongsi kata laluan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kesan terhadap perkongsian kata laluan untuk mereka yang luar isirumah – samaada akan dihalang akses atau sebagainya.
Jadi, bagi anda, adakah anda akan membayar tambahan RM13 sebulan untuk berkongsi kata laluan dengan rakan yang menetap jauh atau luar isirumah?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment