Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berita Bergambar Ketua Menteri Sarawak menemui rakyat kawasan DUN Baru N.58 Balingian bertempat di Kingwood Resort tengahari tadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berita Bergambar Ketua Menteri Sarawak menemui rakyat kawasan DUN Baru N.58 Balingian bertempat di Kingwood Resort tengahari tadi



18 Mac 2016,  Tengahari tadi lebih kurang jam 2.00 tengahari  satu majlis menyambut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adnan Satem serta rombongan pemimpin negeri telah diadakan di Kingwood Resort Mukah oleh Jawatankuasa PBB kawasan N.58 Balingian. Sambutan yang cukup meriah dan bermakna terutama kepada penduduk sekitar menyerikan lagi majlis tersebut. Walaupun pertemuan yang singkat adalah dianggarkan lebih seribu penduduk serta penyokong parti PBB telah hadir untuk mendengar sendiri amanat Ketua Menteri terutama sekali untuk menghadapi pilihanraya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Desas-desus ada menceritan Ketua Menteri ingin melihat sendiri sokongan rakyat di kawasan N.58 Balingian kepada Barisan Nasional sambil melihat sokongan penyokong akar umbi terutama kepada bakal calon PBB yang bakal  bertanding nanti. 2 nama yang sering disebut akhir-akhir ini ialah Kr. Abdul Yakub Arbi yang merupakan Walikota Mukah dan Sulaiman Sahari seorang ahli perniagaan dan merupakan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak cawangan Mukah.

Adalah sudah diketahui ramai bahawa Ketua Menteri Sarawak akan mengumumkan calon2 PBB yang bertanding di semua DUN kawasan Mukah esok hari 19 Mac 06 semasa program Sejiwa Senada di dataran Pehin Setia Raja Mukah. 











No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.