Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mozilla Akan Menamatkan Sokongan Firefox Untuk OS X 10.6, 10.7 Dan 10.8 Pada Ogos 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mozilla Akan Menamatkan Sokongan Firefox Untuk OS X 10.6, 10.7 Dan 10.8 Pada Ogos 2016

Perkembangan teknologi membuatkan beberapa fungsi baru tidak boleh disokong oleh komputer atau sistem operasi yang lama. Disebabkan oleh perkara ini, sokongan beberapa aplikasi dan perisian ditamatkan untuk sistem operasi yang lama.

Terkini, Mozilla telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan pelayar web mereka, Firefox untuk sistem operasi OS X 10.6, OS X 10.7 dan OS X 10.8 bermula Ogos 2016 kelak.

Untuk makluman, walaupun ia ditamatkan sokongan, pengguna masih boleh kekal menggunakan pelayar web berkenaan – tetapi berkemungkinan terdedah kepada pelbagai masalah sekuriti, dan tidak akan menerima sebarang kemaskini fungsi yang baru.

Pengguna yang menggunakan sistem operasi berkenaan, boleh memilih untuk mengemaskini sistem operasi OS X mereka kepada versi terkini, ataupun menggunakan Firefox ESR (Extended Support Release) yang akan disokong sehingga pertengahan 2017 kelak.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1VYgJTE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.