Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza Sedan
Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza Sedan | Jenama kereta nasional, Perodua akan melancarkan model kereta terbaru keluaran mereka iaitu Perodua Bezza beberapa hari akan datang yang bertarikh 21 Julai 2016. Tempahan pembelian akan dibuka bermula pada hari ini iaitu 16 Julai 2016.
Perodua Bezza adalah model pertama yang dikeluarkan oleh Perodua dalam kategori sedan. Ia dibangunkan dengan menggunakan platform Perodua Axia dengan sokongan dari Daihatsu Motor. Nama kereta diambil daripada perkataan Beza dalam Bahasa Melayu.
Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.
Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza Sedan
Di bawah ini, penulis kongsikan spesifikasi Perodua Bezza yang akan hadir dengan dua kapasiti enjin tidak lama lagi seperti berikut :
- 1.0 Liter (Jenis Enjin – 1KR-VE dengan VVTi)
- 1.3 Liter (Jenis Enjin – 1NR-VE dengan Dual VVTi)
Ia ditawarkan dalam lima varian di pasaran Malaysia iaitu seperti berikut :
- Bezza Standard G 1.0L (Manual dan Automatik) : Specs Asas
- Bezza Premium X 1.3L (Manual dan Automatik) : Specs pertengahan
- Bezza Advance 1.3L (Automatik) : Specs Tertinggi
Terdapat dua jenis transmisi yang ditawarkan iaitu Automatik 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan. Antara spesifikasi lain yang terdapat pada Perodua Bezza boleh dirujuk di brosur yang dikongsikan oleh admin di bawah ini.
Spesifikasi Lain Perodua Bezza Sedan
- Ia dilengkapi dengan ciri ABS dan EBD. Bagi varian Advance, ianya ditambah dengan ciri VSC
- Sistem Mula Henti (Eco Idle) akan ditawarkan pada varian premium yang mempunyai persamaan dengan teknolgi yang digunakan di Mazda 2 iaitu i-Stop. Enjin mati sendiri bila berhenti atau tidak bergerak. Enjin akan hidup semula apabila pengguna menekan minyak.
- Enam warna yang ditawarkan antaranya solid ivory white, sugar brown, biru laut, lava red, glittering silver dan ebony black
- Ruang boot yang luas
Harga Perodua Bezza Sedan
Harga Perodua Bezza Sedan akan diumumkan pada hari pelancaran dengan jangkaan harga dalam lingkungan RM 35000 hingga RM 60000. Sekiranya anda berminat dengan Perodua Bezza Sedan Baru, anda boleh mengunjungi Pejabat Jualan PERODUA yang terdapat di seluruh pelusuk Malaysia.
Gambar Perodua Bezza Sedan
The post Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza Sedan appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment