Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix Memperkenalkan Flixtape – Membolehkan Anda Berkongsi Senarai Filem Kegemaran Dengan Rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix Memperkenalkan Flixtape – Membolehkan Anda Berkongsi Senarai Filem Kegemaran Dengan Rakan

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman filem dan siri-TV yang popular. Ia telah memperkenalkan perkhidmatan mereka untuk pasaran Malaysia sejak awal tahun ini, dan sejak daripadanya beberapa perkara telah diperkenalkan. Paling terkini, Netflix hari ini telah memperkenalkan sebuah fungsi Flixtape.

Flixtape

Flixtape membolehkan pengguna Netflix untuk menjana dan menyenaraikan rancangan televisyen atau filem berdasarkan kepada sesuatu tema atau genre. Kemudiannya, pengguna boleh berkongsi senarai Flixtape mereka bersama-sama rakan lain melalui laman sosial mahupun perkhidmatan permesejan.

Melalui Flixtape, pengguna boleh menambah sehingga 6 filem atau rancangan televisyen untuk sesuatu senarai. Netflix juga sedia menjana senarai rancangan dan filem untuk semua pengguna ketika melayari laman Flixtape ini mengikut beberapa genre – memberikan anda idea berkenaan bagaimana fungsi baru ini boleh digunakan.

Bagi anda yang gemar menggunakan Netflix, mungkin boleh menyemak fungsi Flixtape ini hari ini dan mula berkongsi rancangan dan filem kegemaran anda bersama rakan-rakan lain.

Layari : Flixtape






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29PYn4u

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.