Hi! Welcome Back and Stay Tune! Leagoo M5 – Peranti Tahan Lasak Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Leagoo M5 – Peranti Tahan Lasak Dilancarkan

Tumit Achilles setiap peranti di dunia ialah apabila ia terjatuh. Sekiranya bernasib baik peranti hanya akan calar balar dan kemik pada bahagian bucu. Sekiranya kurang bernasib baik bersedia berbelanja beberapa ratus ringgit untuk menukar skrin yang retak seribu. Oleh sebab itu membeli kerangka tahan lasak ialah antara pelaburan terbaik yang boleh anda lakukan bagi memastikan peranti tidak mudah rosak. Hanya beberapa peranti tahan hentakan wujud di pasaran seperti Lenovo Moto Z Force dan Samsung Galaxy S7 Active.

Leagoo M5 Semua 2

Leagoo M5 ialah sebuah lagi peranti tahan lasak yang baru sahaja dilancarkan. Dengan teknologi Nano All Metal Closed Loop, mereka menjamin peranti ini akan lebih tahan hentakan berbanding sebuah iPhone 6S dan Galaxy S7. Kaca tertempa yang digunakan pada skrin pula mampu menahan dari pecah walaupun digilis sebuah kereta.

Dari segi spesifikasi Leagoo M5 mempunyai skrin 5″ HD, diperkasakan pemproses 1.3GHz MTK6580A, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan sebesar 16 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD. Kamera utama 8 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5 Megapixel. Sebuah bateri 2300 mAh membekalkan kuasa kepada peranti. M5 menggunakan sistem operasi Android 6.0 dengan pelancar Freeme OS. Sebuah pengimbas cap jari turut disertakan pada panel belakang peranti. Harga jualan masih belum diketahui tetapi dengan spesifikasi peringkat permulaan ini ia pastinya agak mampu milik.

Leagoo M5 Semua 1

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29uWIyg

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.