Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki cedera terkena tembakan rambang di kedai makan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki cedera terkena tembakan rambang di kedai makan

Seorang lelaki cedera di betis kanan selepas terkena tembakan rambang yang dilepaskan seorang lelaki di sebuah kedai makan di Bunut Payong di Kota Bharu semalam.

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, lelaki yang melepaskan tembakan itu bersama dua lagi lelaki menaiki kereta jenis Mercedes Benz, manakala mangsa berada di kedai makan itu bersama kira-kira 20 pelanggan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata mangsa yang berusia 22 tahun itu dikejarkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata hasil maklumat diperoleh daripada saksi di tempat kejadian, suspek adalah tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Mercedes Benz berwarna perak.

“Mengikut saksi, ketika kejadian ada sebuah kereta melalui kawasan kedai makan dan secara tiba-tiba seorang lelaki keluar daripada kenderaan dan melepaskan dua das tembakan.

“Akibatnya seorang pelanggan, seorang lelaki berusia 22 tahun cedera di betis kanan selepas terkena tembakan dipercayai dilepaskan secara rambang dalam jarak antara lima hingga 10 meter,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam.

Ab Rahman berkata saksi juga memberitahu kenderaan dinaiki suspek kemudian memecut ke arah Pasir Hor di sini, tetapi nombor pendaftaran gagal diperoleh kerana mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Beliau berkata siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian, polis menemui sebutir timah dipercayai anak peluru serta kesan tembakan pada sebuah kenderaan berdekatan.

“Polis percaya senjata digunakan adalah pistol jenis Revolver,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menyalurkannya kepada polis, manakala operasi mengesan kenderaan terbabit sudah dilancarkan termasuk mengadakan sekatan jalan raya. – Bernama

KLIK VIDEO: Anis Syafiqah: Satu dunia dah tahu kita kena rompak, kenapa kita boleh relax lagi?

KLIK VIDEO: Aplikasi #TangkapMO1 seperti Pokemon Go dilancar

KLIK BACA: Kadang geram sakit hati baca komen di Facebook, kata Najib

The post Lelaki cedera terkena tembakan rambang di kedai makan appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.