Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tarikh akhir cabar saman DOJ pada September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tarikh akhir cabar saman DOJ pada September

Mereka yang dinamakan dalam saman pelucuthakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan dengan 1MDB, perlu memfailkan cabaran terhadap tuntutan jabatan tersebut pada awal bulan September.

Walaupun laporan awal menyatakan bahawa tarikh akhir untuk mereka yang dinamakan itu untuk hadir di mahkamah ialah pada 22 Ogos, DOJ berkata tidak ada perbicaraan pada hari tersebut.

“Tidak ada pendengaran pada hari Isnin dan tiada yang dijadualkan oleh mahkamah sekarang.

“Sebagai satu proses, tuntutan hendaklah difailkan oleh mereka yang mahu mencabar kes pelucuthakan itu. Tarikh akhir adalah pada awal bulan September,” kata seorang jurucakap DOJ kepada Malaysiakini dalam emel semalam.

Jurucakap itu berkata mereka akan memaklumkan kemudian mengenai tarikh sebenarnya.

Antara empat orang yang dinamakan dalam aduan DOJ itu adalah anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Riza Aziz – dan ahli perniagaan Jho Low.

Dua lagi ialah pegawai kerajaan Abu Dhabi – Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

DOJ telah memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwanya telah dibeli menggunakan dana daripada 1MDB.

Ia juga merancang untuk mengembalikan hasil jualan aset itu kepada Malaysia. – Malaysiakini

KLIK VIDEO: Anis Syafiqah: Satu dunia dah tahu kita kena rompak, kenapa kita boleh relax lagi?

KLIK VIDEO: Aplikasi #TangkapMO1 seperti Pokemon Go dilancar

KLIK BACA: Kadang geram sakit hati baca komen di Facebook, kata Najib

KLIK BACA: Najib kata Nabi Musa pun Tuhan suruh tegur Firaun dengan baik

KLIK BACA: Datuk saya Onn Jaafar tak suruh mengaruk jatuhkan PM – Hishammuddin

TERKINI KLIK BACA: Tidak kesiankah kita dengan Jho Low?

KLIK BACA: Kapal layar mewah dikaitkan Jho Low belayar ke Hong Kong

 

The post Tarikh akhir cabar saman DOJ pada September appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.