Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancaran Final Fantasy 15 Ditangguhkan Ke Bulan November 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancaran Final Fantasy 15 Ditangguhkan Ke Bulan November 2016

Final Fantasy 15 merupakan salah satu permainan menarik daripada Square Enix yang dinantikan ramai. Ia pada awalnya dijadualkan untuk pelancaran pada bulan September 2016 ini, tetapi kini mengikut beberapa laporan awal, Final Fantasy 15 dikatakan ditangguhkan ke bulan November.

Menurut laporan Gamnesia, Final Fantasy 15 dijangka akan dipasarkan pada 29 November 2016 kelak – memperlihatkan penangguhan sekitar dua bulan berbanding tarikh asal. Perkara ini juga turut disahkan oleh koresponden pihak WSJ di Jepun.

Final Fantasy 15 membawakan permainan berbentuk RPG, dan ia bakal hadir untuk PlayStation 4 dan juga Xbox One. Buat masa ini, pihak Square Enix masih tidak mengeluarkan sebarang komen, dan peniaga dan para penjual permainan masih menyenaraikan permainan ini untuk diperkenalkan pada 30 September 2016 ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aNcPfx

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.