Hi! Welcome Back and Stay Tune! Digi Memperkenalkan Sokongan Panggilan VoLTE – Hanya Untuk iPhone Buat Masa Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Digi Memperkenalkan Sokongan Panggilan VoLTE – Hanya Untuk iPhone Buat Masa Ini

Digi hari ini telah mengumumkan sokongan panggilan VoLTE melalui rangkaian mereka, yang mana sekaligus menawarkan kualiti panggilan yang lebih baik diantara pengguna. Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya, pengguna perlu mempunyai peranti dengan sokongan VoLTE – dan diterhadkan untuk iPhone sahaja buat masa ini.

Melalui sokongan VoLTE, panggilan suara disambungkan melalui rangkaian 4G LTE yang memberikan kualiti panggilan yang lebih jelas serta menghapuskan pelbagai bunyi latar yang menganggu. Disamping itu, salah satu kelebihannya adalah ia tidak menganggu aktiviti pelayaran web atau penggunaan data internet ketika anda ingin menjawab panggilan telefon.

Digi VoLTE

Untuk menikmatinya, pengguna perlu menggunakan iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 6, iPhone 6 Plus atau iPhone SE – dengan sistem operasi iOS 10.1 dan terkini. Buat masa ini, pihak Digi tidak berkongsi sebarang perancangan pengenalan fungsi sama untuk peranti Android. Digi sekadar mengatakan mereka akan menambah sokongan untuk peranti dari pengeluar lain dalam masa akan datang secara berperingkat.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2euO3kU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.