Epson WorkForce Pro WF-R8591 Ingin Menggantikan Pencetak Laser Dengan Teknologi Berasaskan Dakwat
Di dunia perusahaan seperti syarikat, agensi kerajaan, dan swasta kebanyakannya bergantung kepada pencetak laser untuk keperluan pencetakkan berskala tinggi. Namun dari sudut kesihatan terutama untuk penggunaan di pusat kesihatan, pencetak laser sering memberikan kesan habuk dan kotoran yang tidak baik untuk digunakan terutama dalam suasana hospital. Begitu juga dari segi kos, pencetak laser memerlukan lebih penukaran komponen di dalamnya apabila berdepan dengan masalah pencetakkan.
Di sinilah Epson ingin membantu dalam menawarkan alternatif untuk pencetak laser ini dengan perkenalan WorkForce Pro WF-R8591 yang berasaskan Replaceable Ink Pack System (RIPS). Ia terdiri daripada 4 pek dakwat yang membolehkan pencetakkan sehingga 75,000 untuk warna dan monokrom untuk penggunaan satu-satu set dakwat. Apabila dibandingkan dengan pencetak laser, sekurang-kurangnya 52 toner standard diperlukan untuk mencapai pencetakkan setinggi ini.
Dari segi prestasi, ia mampu mencetak helaian A4 pada kadar 24ipm dan helainan A3 pada kadar 13ipm. Ia juga membawakan teknologi Epson PrecisionCore dalam membolehkan pencetakkan berkualiti tinggi dengan kelajuan yang sangat pantas. Bagi menggalakkan teknologi hijau, model pencetak ini memerlukan penggunaan tenaga yang amat rendah untuk beroperasi — iaitu sekitar 0.6kwh³ — 88% lebih rendah berbanding pencetak laser.
Dengan kesemua tawaran ini, semestinya ia tidak disasarkan untuk pengguna biasa atas harga jualannya yang ditawarkan pada harga RM27,380. Ia direka untuk perusahaan yang mahukan pencetak berskala besar disamping hadir dengan fungsi penjimatan dari tenaga dan kos pencetakkan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ff7rDr
Post a Comment