Uber Memperluaskan Perkhidmatan Ke Melaka
Uber merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat tempahan pemanduan ke destinasi yang ingin dituju – dan pada masa yang sama membayar kos lebih rendah berbanding beberapa alternatif. Terkini, selepas ditawarkan di beberapa bandar utama, Uber turut akan beroperasi di Melaka bermula esok, 27 Oktober 2016.
Di Melaka, Uber akan mula beroperasi dengan penawaran UberX sahaja terlebih dahulu dan akan diperlanjutkan pada masa akan datang kepada penawaran Uber lain. Seperti di beberapa lokasi lain, Uber di Melaka turut akan menerima bayaran dalam bentuk tunai atau kad kredit.
Dengan pengenalan di Melaka, menjadikan ia bandar ke tujuh yang mempunyai penawaran Uber. Selain Uber, sebelum ini Grab juga turut telah menawarkan perkhidmatan mereka di Melaka. Kini, dengan kerajaan sendiri yang memberikan galakkan untuk menyertai Uber dan Grab, mungkin kita akan melihat ia diperlanjutkan kepelbagai lokasi lain dengan lebih pantas lagi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eamgmH
Post a Comment