Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Facebook Sedang Membangunkan Telefon Pintar Modular Tersendiri? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Facebook Sedang Membangunkan Telefon Pintar Modular Tersendiri?

Pada bulan April yang lepas, Mark Zuckerberg telah menubuhkan sebuah pasukan khusus dalam Facebook yang memfokuskan kepada pembangunan produk yang membawa misi Facebook dalam menghubungkan seluruh dunia. Pasukan khusus ini dinamakan sebagai Building 8, dan ketika itu, ia memfokuskan kepada arena realiti-maya, kecerdasan pintar, dan pelbagai perkara lain.

Kini, melalui pengamatan pihak CNet, ia dilihat pihak Facebook sedang mengumpulkan beberapa pakar dari pelbagai arena – tetapi pada masa yang sama memfokuskan mereka yang mempunyai kepakaran dalam arena Android dan peranti mudah-alih. Facebook juga turut dilihat telah mendapatkan beberapa pakar yang sebelum ini bertugas dibawah Project Ara – iaitu salah satu projek memfokuskan pembangunan peranti modular daripada Google, yang dilihat seperti telah ditamatkan.

Walaupun begitu, terdapat juga kemungkinan yang mana ia turut mungkin memfokuskan pembangunan produk lain, dan tidak semestinya sebuah telefon pintar.

HTC First

Sebelum ini sendiri, Facebook telah bekerjasama dengan pengeluar lain untuk hadir dengan telefon memfokuskan Facebook, tetapi peranti berkenaan gagal menarik perhatian ramai.

Facebook sendiri akhir-akhir ini membuat lebih pelaburan dalam arena mudah-alih – memandangkan kini pengguna lebih memfokuskan kepada penggunaan peranti mudah-alih dengan lebih aktif berbanding dengan desktop atau komputer riba.

Apa pun yang Facebook sedang bangunkan melalui Building 8 ini semestinya akan menjadi fokus ramai, dan sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Facebook.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ed5bN0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.