Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Terkejut Bila Tapak Kaki Jadi Sarang Pepijat Yang Mengerikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Terkejut Bila Tapak Kaki Jadi Sarang Pepijat Yang Mengerikan

Ia merupakan pengalaman yang menakutkan bagi seorang graduan dari Universiti Plymouth apabila seekor pepijat dan beratus-ratus telur keluar daripada kakinya, selepas beberapa minggu dia pulang dari Tanzania.

Ketika itu, Matthew O’ Donnell, 22, sedang berehat di atas katilnya apabila tiba-tiba dia berasa kakinya mencucuk-cucuk sebelum pepijat itu yang menetaskan hampir 100 telur kecil berderai keluar melalui bahagian tapak kaki.

pemuda-terkejut-kaki-jadi-sarang-pepijat1

“Saya terkejut melihat telur dan pepijat itu. Tapi kemudian baru saya teringat bahawa salah seorang kawan saya juga mempunyai bengkak yang sama di bahagian kuku jari kakinya.

“Nampaknya serangga itu menggunakan kaki saya sebagai `tiket’ percuma untuk keluar dari Tanzania,’’ katanya.

O’Donnell sebelum itu menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi sukarelawan di kawasan pedalaman Tanzania.

pemuda-terkejut-kaki-jadi-sarang-pepijat2

Ketika di sana, dia telah diingatkan dengan pepijat namun tidak menyangka kakinya menjadi sarang kepada serangga berkenaan.

Susulan itu, kaki O’Donnell berlubang namun doktor memaklumkan bahawa kakinya selamat dan tiada lagi pepijat atau telurnya yang bersarang di situ.

“Saya tidak sangka telur pepijat yang keluar dari kaki saya. Saya menggunakan tisu tandas dan membalutnya sebelum mengepamnya dalam lubang tandas,’’ katanya.

pemuda-terkejut-kaki-jadi-sarang-pepijat3



Sumber : Oh My Media TV http://ift.tt/2fs6vcJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.