Bukan Di Jepun, Rumah Yang Paling Sempit Di Dunia Kini Terletak Di Poland
Dengan saiz luas hanya 46 meter secara keseluruhan dari tingkat atas dan bawah, rumah kecil yang dibina di ruang sempit di antara dua buah bangunan ini mempunyai pelbagai ciri-ciri yang unik dan kerana saiznya yang sangat kecil, rumah tersebut dinobatkan sebagai rumah yang paling sempit di dunia.
Tidak boleh dibayangkan tinggal disebuah rumah walaupun untuk satu orang saja berjalan di rumah ini tidak seluas, kerana hanya mempunyai lebar yang tidak boleh dimasuk dua orang.
Sebelum dijadikan kediamanan, rumah kecil ini dahulunya dijadikan sebagai ruangan pejabat oleh seorang penulis berasal dari Israel, Etgar Keret.
Memetik laporan Daily Mail, bangunan tersempit di dunia ini mungkin sangat jauh dari kata mewah, tapi cukup elok dilihat dengan cat putih bersih terawat. Rumah ini hanya mempunyai sebuah bilik yang sangat selesa untuk sebuah tempat tidur khusus satu orang.
Rumah ini memang tak boleh di tinggali untuk satu keluarga, bahkan untuk mengundang teman mungkin tak boleh leih dari satu orang. Hanya ada dua menja yang sudah melekat di meja di satu sisi rumah.
Selain itu peti ais yang tersedia hanya boleh menyimpan dua minuman ringan. Selain itu rumah ini tidak mempunyai dapur yang cukup luas untuk memasak atau menyiapkan makanan untuk para tetamu. Menurut Etgar, selama ini kita tidak perlu terlalu banyak ruang untuk menjalani hidup, sehingga bangunan kecil seperti rumahnya cukup layak dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai rumah tinggal.
Sumber : Oh My Media TV http://ift.tt/2eCnERC
Post a Comment