Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana wanita Kelabit ini cuba mempertahankan budaya dan tradisinya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana wanita Kelabit ini cuba mempertahankan budaya dan tradisinya

Bagaimana wanita Kelabit ini cuba mempertahankan budaya dan tradisinya

(Click here to read this article in English)

Kalau nak tulis akan betapa uniknya Sarawak, sampai cuti sekolah tahun depan pun tak habis cerita. Sarawak bukan je ada 27 kumpulan etnik, malah mereka ada sekurang-kurangnya 45 bahasa yang berbeza.

Setiap etnik mempunyai budaya dan tradisi yang tersendiri, jadi bila kami dengar ada di antara budaya ini semakin pupus, kami rasa terkejut.

Tapi siapa yang kata budaya Sarawak makin pupus?

Pada acara TEDxKL 2016, Alena Murang telah mencapaikan sebuah ucapan tentang usahanya dalam mengekalkan seni tradisional Sarawak yang makin pupus.

Alena merupakan seorang wanita lewat 20-an yang merupakan seorang pelukis, pemuzik, penari, guru dan juga Perunding Pengurusan. Sekali tengok macam mat salleh, tapi siapa sangka sebenarnya dia merupakan anak kelahiran Bumi Kenyalang yang dibesarkan di Kuching dan kemudiannya menetap di KL.

Ini lah dia Alena. Imej dari FB Alena Murang.

Dalam ucapannya, Alena ada menjelaskan kenapa budaya tradisional kat Sarawak mudah lenyap. Dan bukan dia seorang je yang fikir begitu, malah pendapat dia disokong dengan banyak laporan media. Selain itu, bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud jugak turut menggesa rakyat Sarawak untuk menghidupkan semula tradisi mereka.

Oleh itu, kami telah menemuramah Alena tentang bagaimana dia nak hidupkan semula budaya di Sarawak yang makin pupus ini…

Bukan ke budaya Sarawak dah terkenal di seluruh dunia? Kenapa makin pupus?!

Jawapannya senang je, sebabnya korang da tak nak dengar cakap orang tua-tua.

So kalau nak dengar cakap orang tua-tua, boleh pergi ke grandfatherstories.net.

Budaya, sejarah dan seni tradisional Sarawak telah diturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi untuk beribu tahun. Pada tahun 70-an dan 80-an pula, penghijrahan besar-besaran ke bandar dan kemasukan Kristian telah menyebabkan seluruh generasi pribumi Sarawak meninggalkan budaya tradisional mereka. Bagi yang beragama, budaya tradisional dilihat sebagai sambungan kepada amalan menyembah semangat. Bagi warga bandar pulak, ianya satu amalan yang kolot dan tak relevan.

Sebab itulah kebanyakan rakyat Sarawak pada masa itu berhenti belajar tradisi secara lisan daripada orang tua mereka.

“Masih banyak cerita untuk diberitahu. Tetapi generasi nenek saya adalah yang terakhir memegang cerita tersebut. Saya dan ayah saya pun tak pernah untuk mintak belajar dan mendengar cerita atau lagu serta tradisi budaya kami. So sebab itulah ianya semakin pudar dan dilupakan.” – Alena ketika di interview.

Bukan sekadar lagu dan cerita sahaja yang diancam. Malah, semua bentuk kebudayaan tradisional Sarawak seperti seni, kemahiran, makanan, adat masyarakat dan seumpamanya pun mungkin akan pupus selamanya.

So ada sesiapa ke yang cuba menyelematkan budaya ini?

Ada yang cuba mengumpul cerita-cerita dongeng orang tua Sarawak dan menerbitkannya ke dalam buku. Masalahnya majoriti generasi sekarang ni dah tak berminat dalam budaya mereka. Dah la tak ramai yang ingat, tak ramai yang berminat pun.

Mujurlah generasi muda Sarawak seperti Alena kini mengetuai usaha-usaha pemuliharaan budaya yang semakin pupus dan cuba memberi nafas baru ke dalam budaya tersebut.

Alena ketika membuat persembahan di TEDxKL 2016. Imej dari TEDxKL

Macam mana Alena nak menjaga tradisi ini?

Melalui superpower Alena yang paling power: Seni.

Alena memang superwoman sebab dia hebat dalam bidang nyanyian, tarian dan jugak beberapa alat muzik termasuk ‘sape’ serta alat-alat muzik tradisional Sarawak yang lain. Dia pernah dijemput untuk berucap di beberapa tempat termasuk TEDxKL, Borak Art Series Sarawak dan MaGIC Academy. Selain itu, dia jugak sering memberi talk setiap tahun mengenai pemeliharaan budaya Sarawak untuk generasi akan datang. (Klik sini untuk baca pencapaian Alena satu-persatu.)

Alena juga merupakan salah seorang gadis yang pertama dibenarkan bermain sape. Pada zaman dahulu, wanita tak dibenarkan untuk bermain instrumen (ibu dan makciknya sendiri yang menggalakkan dia bermain sape). Alena belajar bermain sape pada usia 14 tahun dengan sepupunya, Mathew Ngau Jau yang juga merupakan seorang pemuzik sape yang terkenal. Kini dia telah membawa muzik sape di beberapa bandar utama termasuk New York, Amerika Syarikat, dan London.

“Sape ialah alat muzik tradisional yang dahulunya hanya dimainkan lelaki, biasanya pada acara kerohanian dan majlis tertentu. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi.” – Alena, dipetik dari Harian Metro.

Inilah permainan sape. Ia boleh dikatakan ala-ala gitar. Imej dari theborneopost.com dan www.oocities.org

Selain dari tradisi kelabit, Alena juga turut mempelajari dikir lama,lagu-lagu romantis, tarian dari Kenyah, Penan dan Orang Ulu. Dia banyak belajar dari orang tua-tua terdahulu.

“Ada orang datang kepada saya selepas menyaksikan persembahan dan menyatakan bahawa mereka terasa meremang mendengar lagu dari saya. Walaupun mereka tak memahami bahasa saya namun mereka dapat merasakannya daripada muzik…” – Alena, ketika diinterview.

Tetapi sekadar membuat persembahan kepada pelancong je tak cukup untuk memelihara budaya tradisional ini, kita kena yakinkan golongan muda tempatan sekali!

Alina juga tak berapa berkenan dengan macam mana budaya Sarawak dipersembahkan dalam media massa (contohnya dalam iklan pelancongan). Jadi macam-mana artis buat benda dalam cara yang berbeza?

Imej dari Cuti-cuti Malaysia.

Untuk menyelamatkan tradisi, dia terpaksa memecahkan tradisi!

Alena cukup realistik untuk terima bahawa seni tradisional tak boleh kekal statik. Sebagai contoh, tak ramai yang mengambil tahu mengenai muzik tradisional kerana mereka fikir ianya membosankan. Bagi Alena, budaya tradisional ni harus dihidupkan dengan keadaan moden tanpa mengubah akar umbinya.

Oleh itu, Alena telah mengubahsuai dan mencipta seni tradisionl dengan cara yang lebih santai dan menarik. Dia berharap masyarakat Borneo akan berfikir tentang bagaimana tanah mereka telah membentuk mereka, menjadikan siapa mereka yang sebenar dan kemudian menyatakannya di dalam kesenian.

“Sarawak mempunyai banyak warisan muzik – zikir Bidayuh, lagu-lagu Iban lama, Seruling Penan – dan saya berharap sehawa setiap daripada kita boleh bekerja dalam pembelajaran ini dan membawanya ke peringkat global.” – Alena, dipetik dari The Borneo Post.

Sebagai artis visual, Alena menggabungkan motif tradisional Sarawak dengan unsur-unsur moden supaya masyarakat dapat menerimanya.

Alena berpendapat bahawa dengan gabungan ini, ia dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap seni tradisional. Dia telah bekerjasama dengan sepupunya untuk menghasilkan album pertama yang dilancarkan September lepas. Album ini cuba menghasilkan muzik tradisional yang lebih bersesuaian dengan masyarakat urban dan mereka yang tak tahu mengenai Sarawak.

Korang boleh tengok persembahan yang dibawa oleh Alena di bawah ini:

Lagu-lagu yang dipaparkan mempunyai jalan cerita yang menarik. Sebagai contoh, ‘Re Lekuah’ membawa maksud “Oh Sayang” atau juga membawa maksud satu keluhan… dan ini merupakan satu frasa yang ramai orang Kelabit sendiri dah lupa makna asal dia.

Dalam albumnya tu, ‘Re Lekuah’ menggambarkan kesusahan seorang wanita muda pada zaman dahulu.

“’ve no energy to pound the padi, I can’t carry water in bamboo because it’s too heavy, I can’t wrap the rice in leaves because the rice is too hot for my hands…” – ‘Re Lekuah’, Flight.

Gambar di atas diambil dewaktu pelancaran album, September lepas. Imej dari robinwong.blogspot.my.

Namun tak kiralah betapa indahnya pesembahannya, kalau tak ramai orang yang berminat pun susah jugak. Jadi macam mana kita boleh meyakinkan golongan muda sekarang akan pentingnya cerita-cerita dan budaya lama ini?

Bolehkah budaya Sarawak ini diselamatkan?

Walaupun negara kita tak punyai sebarang monumen megah seperti piramid Giza ataupun Angkor Watt, kita kaya dengan pelbagai budaya yang akan tahan beribu tahun lagi.

“Mempelajari seni tradisional adalah penting kerana saya percaya bahawa pemeliharaan seni tradisional akan menjadikan kita lebih bersemangat dalam memelihara alam semula jadi, kerana ia telah mempengaruhi seni kita.” – Alena, dipetik dari New Straits Times.

Alena melihat masyarakat kampung membuat seruling buluh tradisional. Imej dari Alena Murang.

Contohnya cuba singgah ke Muzium Tekstil di Kuching dan cuba tengok Pua Kumbu yang dipamerkan. Sekali tengok memang kagum dengan corak sulaman yang kompleks, kena belajar algebra baru lakarkan corak macam tu. Tapi sebenarnya ia disulam oleh wanita-wanita yang tinggal kat hutan, terus daripada kepala dorang je!

Contoh tenunan tangan yang dihasilkan. Imej dari The Star.

Alena mempunyai harapan yang besar terhadap seni dan budaya Borneo di akan datang kerana ramai golongan muda tertarik dengan muzik tradisional Sarawak.

“Ketika saya belajar sape, tak ramai yang nak mempelajarinya. Tapi sekarang dah terdapat ramai orang untuk belajar mengenainya. Selain tu,sekarang ni juga dah terdapat banyak dana untuk melakukan kajian ke atas tradisi lisan, muzik dan juga kesenian.Ini menunjukkan satu peningkatan.” – Alena ketika di interview.

Selain Alena, band seperti Nading Rhapsody dan At Adau juga turut mempunyai misi yang sama.

Terdapat juga golongan muda seperti Kennedy, yang turut membuat penyelidikan tentang mitos dan amalan animisme dari kaumnya, Bidayuh.

Alena berharap bahawa suatu hari nanti akan terlahirnya lebih ramai artis muda khususnya dari Sarawak untuk mengikuti jejak langkahnya demi mengekalkan seni tradisional kaum mereka.

“Tradisi dan budaya tradisional semakin pudar dan pupus. Persoalannya, adakah ini yang anda mahukan? Jika tidak, anda sendiri perlu melakukan sesuatu untuk mengatasinya. Saya sendiri tidak mahu budaya Borneo pudar.” – Alena ketika di interview.



Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2fcB1Fx

a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.