Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gartner : Huawei Dan Oppo Memperlihatkan Peningkatan Jualan Telefon Pintar Pada Suku 3 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gartner : Huawei Dan Oppo Memperlihatkan Peningkatan Jualan Telefon Pintar Pada Suku 3 2016

Persaingan dalam menjual telefon pintar diantara pengeluar telah menjadi semakin sengit dari hari ke hari. Terkini, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Gartner, mereka mengatakan jualan telefon pintar pada suku ketiga 2016 telah meningkat sebanyak 5.4% berbanding 2015.

Walaubagaimanapun, jikalau dilihat dari segi jualan telefon mudah-alih sepenuhnya, ia berkurangan sebanyak 1.3% – salah satu sebab adalah disebabkan adalah pengurangan populariti telefon bimbit (feature phone) yang kini digantikan dengan telefon pintar.

Gartner Q3 2016

Daripada angka statistik yang dikeluarkan, hanya Apple, Huawei, Oppo dan BBK Electronics (Oppo, Vivo dan OnePlus) yang mencatatkan peningkatan jualan, berbanding Samsung yang memperlihatkan penurunan.

Gartner mengatakan masalah bateri pada Galaxy Note 7 yang mudah terbakar membuatkan jualan peranti Note berkurangan, sekaligus menjejaskan prestasi syarikat mereka.

Selain Samsung, Apple turut dilihat kehilangan pegangan pasaran pada suku ketiga 2016 jikalau dibandingkan dengan 2015 lepas – tetapi masih mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar dari segi jualan.

Huawei semakin merapati Apple, dan pada suku ketiga 2016, ia dilihat Huawei, Oppo dan BBK Electronics meningkatkan jualan peranti mereka.

Untuk Huawei, sumbangan ini mungkin hadir daripada penawaran produk terbaru mereka yang membawakan binaan lebih baik, disamping turut ditawarkan untuk pelbagai pasaran. Pada masa sama, Honor juga memperlihatkan momentum yang positif di Eropah.

Secara keseluruhan, jikalau dilihat dari segi sistem operasi, Android kini memegang 87.8% telefon pintar yang terjual pada suku ketiga 2016 lepas, selain iOS yang meliputi 11.5%.

Gartner Q3 2016






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2g2Lipe

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.