Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Hadir Dengan Satu Lagi Peranti Berspesifikasi Pertengahan, HTC Desire 650 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Hadir Dengan Satu Lagi Peranti Berspesifikasi Pertengahan, HTC Desire 650

HTC Desire merupakan keluarga peranti yang hadir dengan spesifikasi pertengahan atau rendah – tetapi pada masa yang sama mengintegrasikan beberapa ciri-ciri popular HTC. Paling terkini, HTC dilihat secara senyap telah memperkenalkan HTC Desire 650.

HTC Desire 650

HTC Desire 650 menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD (720p), menggunakan cip Snapdragon, dan memori 2GB RAM. Peranti ini menyertakan ruangan storan 16GB dan boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, HTC Desire 650 menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel. Peranti ini turut menyertakan sokongan BoomSound apabila digunakan bersama fon telinga.

Dari segi rekaan, HTC Desire 650 menggunakan bahagian kerangka belakang yang sedikit bercorak – memberikan cengkaman yang lebih baik ketika dipegang. Ini mungkin menjadikan peranti ini sesuai untuk mereka yang sering menggunakan peranti ketika bergerak atau berjalan.

Buat masa ini, ia dilihat ditawarkan di Taiwan sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada bakal dipasarkan di negara lain ataupun sebaliknya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fosa3f

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.