Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vios, Myvi, atau … – Yang mana lebih untung untuk orang muda beli dulu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vios, Myvi, atau … – Yang mana lebih untung untuk orang muda beli dulu?

Apa yang Tok cakap ni boleh jadi fakta atau auta (bergantung kat korang yang menilai):

“Kereta adalah satu keperluan pada zaman sekarang. Paling kurang, satu isi rumah, WAJIB ada satu kereta.”

Tok setuju dengan ayat ni. Takkan korang (yang dah berkahwin) tak nak ada kereta paling kurang 1 bijik, kan? Susah pulak kalau jadi apa-apa emergency nanti.

Tapi bagi korang yang masih lagi bujang trang tang tang tu, tolong jangan buat muka tak  tahu malu ya. Ayat atas tu bukan untuk korang.

Orang muda patut hadamkan perkongsian Tuan Harith Faisal yang superb ni. Mungkin korang tak jadi nak beli kereta lepas habis baca.

Muda-muda lagi dah pakai kereta hampir ratus ribu?

Kalau dah mampu beli rumah sekarang, kenapa perlu nak bertangguh, kan?

Masalahnya adalah kebanyakan kita bukan tak mampu, tapi tak tahu (atau buat-buat tak tahu). Ha, korang yang mana satu?

Pelik sangat bila ramai anak muda pakai kereta mahal-mahal yang harga lebih daripada gaji tahunan, tapi masih belum ada sebijik pun rumah.

Okay. Saya faham, kereta adalah keperluan bagi kebanyakan kita.

Tapi untuk lebih jelas, kereta mahal adalah kehendak, bukan keperluan.

Formula kira harga kereta yang anda layak pakai

Kereta keperluan, harga takkan lebih daripada gaji tahunan kita. Kalau kita bergaji RM2,500 harga kereta kita mestilah tak lebih daripada RM30,000 (RM2,500 X 12 bulan). 

Lebih murah, lebih bagus sebenarnya.

Lagi sedih kalau kita beli kereta mahal, tapi pergi kerja naik LRT saja. Sedih sangat sebab bayar kereta untuk pakai hujung minggu je.

Cuba tengok trend pembelian kereta anak muda sekarang mengikut range gaji.

Kalau orang bergaji RM1,000 – 2,000 biasanya akan beli kereta Myvi SE atau Advance. Kalau gaji RM2,000 – 3,000 pula, mesti ada yang teringin pakai City atau Vios.

Gunakan contoh ini dan cuba anda kira sendiri

Ironinya, beli kereta mahal mampu pula. Pasakkan dalam minda korang  tu dengan mindset ni:

“Dengan gaji kerja pertama tu, kalau beli kereta mahal dulu, susah nak beli rumah nanti.”

Tapi kalau beli rumah dulu, mudah saja nak beli kereta nanti.

Benda ni sangat subjektif. Kalau belajar cara kira Debt Service Ratio (DSR), korang akan lebih faham pasal ni.

Saya bagi contoh anak muda bergaji RM2,500 ya. Kalau tak sama dengan gaji korang yang sekarang, pandai-pandai la ubah angka tu.

DSR adalah nisbah hutang yang dibenarkan oleh pihak bank untuk kita.

Dengan gaji RM2,500 tu, secara umum bank boleh bagi maksimum 50% untuk mohon pembiayaan perumahan.

Lain bank, lain cara kira dan kadar DSR yang mereka benarkan. 60% pun ada. 75% pun ada. Malah, bergantung juga kepada berapa gaji korang.

  • RM2,500 x 50% =
  • RM1,250

Ini adalah komitmen bulanan yang dibenarkan oleh pihak bank untuk luluskan pembiayaan perumahan.

Sanggup lagi tinggal flat sebab nak pakai Cik City?

Katakan korang punya gaji dan komitmen macam ni:

  • Gaji bersih: RM2,500,
  • Komitmen kereta: RM800.

Baki komitmen bulanan yang dibenarkan oleh bank XYZ adalah:

  • RM1,250 – RM800 =
  • RM450.

Dengan RM450, bank boleh bagi pembiayaan perumahan sebanyak RM90,000 je. Bolehlah dapat rumah flat busuk dengan harga macam tu.

Langsung takda kelas. Kereta City, duduk flat. Biasanya, mereka takkan beli flat tu sebab tak menepati ciri-ciri rumah idaman. Haha.

Apa yang patut anda buat cepat-cepat

Katakan, ini situasi korang (sila berdoa kat Allah S.W.T selalu supaya ini semua jadi kenyataan):

  • Gaji bersih = RM2,500,
  • Komitmen rumah #1 = RM800,
  • Pendapatan sewa rumah #1 = RM1,000,
  • Komitmem rumah #2 = RM800,
  • Pendapatan sewa rumah #2 = RM1,300.

Bank boleh bagi maksimum komitmen RM1,250 kan? Kalau komitmen rumah RM800 sebulan, senang je bank nak luluskan.

Rumah ada 3 bilik. Kita duduk di bilik yang paling kecil. Bilik medium dan master disewakan ikut kepala. Letakkan perabot dan Internet juga. Pasti laku keras.

Bilik medium masukkan 2 orang, manakala bilik master 3 orang. Setiap seorang bayar RM200. Dapat RM1,000 kan? RM200 x 5 = RM1,000.

Dapat duduk secara percuma wei. Tak payah cari bilik sewa lain dah. Takkan la korang tak suka, kan?

Aliran tunai daripada rumah pertama adalah RM200 setiap bulan (RM1,000 – RM800).

Sewakan selama 6 bulan supaya pendapatan sewaan tu boleh dibuktikan kepada bank.

Lepas tu, nak buat apa lagi?

Beli rumah ke-2 dengan pembiayaan RM800 juga. Kali ini, korang akan dapat aliran tunai sebanyak RM500 pula.

Rumah kedua, bilik ada 3. Bilik master 3 orang, bilik medium 2 orang dengan bayaran RM200 seorang. Bilik kecil disewakan RM300 untuk seorang duduk.

  • (RM200 x 5) + RM300 =
  • RM1,300.

Jangan lupa letak perabot dan Internet sekali ya. Internet adalah keperluan asas. Kalau takde Internet, macam mana nak baca gosip artis dan page Amran Fans? Hehe.

Secara kasar, aliran tunai sewaan kedua-dua rumah korang adalah (RM1,300 + RM1,000) – (RM800 + RM800) = RM700.

Dengan RM700, boleh dapat kereta apa ya?

Masuklah showroom Honda dan Toyota dan belilah kereta yang akan dibayar oleh penyewa rumah korang tu.

Kapitalis? Bukan, korang bukan kapitalis, tapi seorang manusia yang bijaksana.

Anda dah bersedia untuk beli rumah?

Sebelum kena kecam dengan orang-orang negatif, saya nak sebut siap-siap yang posting ni memang tak lengkap.

Tak cerita cara nak dapatkan deposit, beli rumah dengan modal minima, cara pilih rumah yang sesuai, risiko pelaburan hartanah dan lain-lain.

Orang yang negatif akan cari salah orang. Orang yang berinisiatif akan mencari lebih banyak ilmu dan baca posting-posting saya yang dulu. Itu pun kalau korang rajin.

Jadi, dah rasa lebih yakin nak beli rumah? Bila dah tahu, mesti rasa mampu kan? Harapnya macam tu lah ya. Kalau tak, rasa macam sia-sia saja saya menaip panjang-panjang di pagi Ahad ni. Dahlah jarang orang nak SHARE info-info macam ni. Haha.

Silakan SHARE artikel ini supaya bertambah ramai dapat hadamkan manfaat ni.

#harithfaisal

Ilmu ni akan bantu korang mulakan langkah tanpa takut-takut lagi.

Tak berbaloi korang bazirkan segala usaha korang bekerja selama ni, semata-mata nak pakai kereta untuk berlagak dengan orang lain. Baik lagi korang rancang duit macam bro Harith Faisal kongsikan ni.

Ala, lambat laun, penyudah jadi besi buruk jugak. Tok takut time korang nak (atau terpaksa) tukar kereta nanti, duit pulak takde, tak cukup. Silap siapa ya?

The post Vios, Myvi, atau … – Yang mana lebih untung untuk orang muda beli dulu? appeared first on GilaHartanah.com.



Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2fRjxlU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.