Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Menolak Laporan Mengatakan Mereka Ingin Menjual Perniagaan Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Menolak Laporan Mengatakan Mereka Ingin Menjual Perniagaan Telefon Pintar

HTC merupakan salah satu pengeluar yang mempunyai peminatnya tersendiri, apatah lagi dengan kualiti binaan peranti selain pelbagai ciri baru yang dibawakan oleh HTC terlebih dahulu berbanding pengeluar lain. Walaubagaimanapun, prestasi syarikat berkenaan secara keseluruhan pada setahun dua ini boleh dikatakan agak mengecewakan.

Perkara ini telah membawa kepada sebuah desas-desus dan ura-ura baru sejak penghujung minggu lepas, mengatakan HTC akan menjual bahagian perniagaan telefon pintar mereka seawal 2017.

Walaubagaimanapun, pihak HTC mengambil langkah awal dan kini telah menidakkan perkara berkenaan.

Desas-desus seperti ini telah hadir beberapa kali, apatah lagi dengan pihak HTC dilihat lebih memfokuskan kepada bahagian realiti-maya pada taun 2016 ini.

HTC sendiri telah lama beroperasi, dan sebelum ini lebih kepada membangunkan telefon pintar kepada pengeluar lain sebelum mereka mengeluarkan telefon pintar sendiri dibawah jenama HTC. Malah, pada tahun ini juga, mereka turut mengeluarkan telefon pintar untuk Google dibawah nama Pixel.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh HTC pada 2017 kelak melalui bahagian telefon pintar mereka – ataupun adakah benar mereka akan menjualnya, tetapi tidak ingin berkongsi mengenainya buat masa ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fTK3IT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.