Microsoft Edge Dan IE11 Akan Menghalang Pelayaran Web Menggunakan Sijil SHA-1 Pada 2017
SHA-1 (Secure Hash Algorithm 1) merupakan salah satu persijilan yang digunakan oleh pembangun laman web dalam memastikan pelayaran di web mereka adalah selamat. Walaubagaimanapun, dengan perkembangan teknologi, peralihan ke SHA-2 dan SHA-3 telah berlaku – menjadikan SHA-1 tidak lagi selamat berbanding dulu.
Lanjutan daripadanya, beberapa syarikat telah mengumumkan akan menamatkan sokongan untuknya, dan kini Microsoft turut mengumumkan perkara sama.
Menurut Microsoft, pelbagai laman web dan aplikasi yang menggunakan persijilan SHA-1 tidak akan dapat dilayari menggunakan Microsoft Edge dan Internet Explorer 11 bermula 14 Februari 2017 kelak. Microsoft akan memaparkan amaran untuk laman berkenaan, dan seperti biasa, pengguna boleh meneruskan pelayaran ke laman web berkenaan dengan memilih pilihan yang dipaparkan – iaitu “Continue to this webpage”.
Bagi para pembangun laman web dan aplikasi, anda dinasihatkan untuk menggunakan persijilan SHA-3 untuk web anda.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2gxWa2L
Post a Comment