Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih Kurang 14,000 Telefon Pintar Dan Tablet Dibeli Ketika Lazada Online Revolution 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih Kurang 14,000 Telefon Pintar Dan Tablet Dibeli Ketika Lazada Online Revolution 2016

Pada penghujung minggu lepas, Lazada telah mengadakan acara tahunan mereka, iaitu Online Revolution – memperlihatkan pelbagai jenama dan syarikat menawarkan diskaun untuk pelbagai produk yang dibeli melalui laman berkenaan.

Lazada Online Revolution

Kini, Lazada Malaysia berkongsi statistik penjualan mereka, mengatakan sebanyak lebih kurang 500,000 barangan telah dibeli pada tempoh 24 jam pertama, membawa kepada penjimatan sekitar RM45 juta. Angka jualan penuh tidak dikongsikan oleh Lazada, namun mereka berkongsi beberapa statistik menarik.

Pada acara berkenaan, sebanyak 14,000 telefon pintar dan tablet telah ditempah, dan antara jenama yang mempunyai penjualan barangan tinggi adalah Xiaomi Redmi Note 3 dan juga headphone JBL.

Disamping itu, Lazada Malaysia mengatakan tempahan dan pembelian pertama hadir daripada pelanggan dari Kota Bharu, Kelantan. Selain telefon pintar, kategori lampin bayi juga agak popular, dan sebanyak 20,000 lampin telah dijual Lazada Malaysia dalam tempoh 24 jam berkenaan.

Lazada turut mengatakan kebanyakkan pembelian hadir daripada luar bandar, sekaligus memperlihatkan ruangan untuk Lazada terus memperluaskan penawaran mereka.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fQXR9I

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.