Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mi Band 2 Kini Rasmi Di Malaysia, Gelang Tangan Pintar Dengan Skrin – Berharga RM129 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mi Band 2 Kini Rasmi Di Malaysia, Gelang Tangan Pintar Dengan Skrin – Berharga RM129

Xiaomi Mi Band merupakan salah satu gelang tangan pintar yang popular disebabkan oleh harga penawarannya yang jauh lebih rendah berbanding beberapa gelang-tangan pintar lain. Namun, sejak ia diperkenalkan, ramai yang meminta supaya Xiaomi menyertakan sebuah skrin pada Mi Band mereka.

Xiaomi Mi Band 2

Hasil daripadanya, Xiaomi telah hadir dengan Mi Band 2, dan kini gelang tangan pintar berkenaan telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Mi Band 2 memfokuskan kepada kecergasan dan memantau aktiviti pengguna, serta menyertakan beberapa notifikasi daripada telefon anda.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM129, dan boleh didapati melalui Mi Store.

Bercakap mengenai Mi Store sendiri, kini Xiaomi membuat peralihan, dan kini kedai atas-talian mereka beroperasi di Lazada. Bersama-sama perubahan ini, mereka turut memperkenalkan beberapa produk baru, termasuk Mi Power Bank Pro pada harga RM149, dan juga Mi Capsule Earphones pada harga RM69.

Kesemuanya akan ditawarkan bermula 18 November 2016 ini.

Xiaomi Mi Band 2

Layari – Mi Store di Lazada






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2g9JP3A

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.