Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maybank Hadir Dengan Laman Pengumpulan Dana Untuk Badan Kebajikan – Maybank Heart - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maybank Hadir Dengan Laman Pengumpulan Dana Untuk Badan Kebajikan – Maybank Heart

Maybank boleh dikatakan antara bank tempatan yang membuat pelaburan dalam pembangunan pelbagai perkara dalam arena teknologi. Mereka sedia memperkenalkan MaybankPay untuk memudahkan pembayaran, selain turut menyediakan aplikasi untuk memudahkan pembelian rumah, serta turut menyediakan WiFi percuma di bank mereka.

Terkini, Maybank turut hadir dengan sebuah perkhidmatan baru dinamakan sebagai Maybank Heart – dimana ia berfungsi untuk memudahkan badan kebajikan untuk membuat pengumpulan dana melaluinya.

Maybank Heart

Maybank Heart

Bagi anda yang sering meluangkan masa melihat projek-projek di laman Indiegogo dan Kickstarter, mungkin sedia mengenali bagaimana laman tersebut berfungsi – dan Maybank Heart ini adalah penawaran lebih kurang sama, tetapi memfokuskan kepada pengumpulan dana untuk kebajikan.

Maybank mengatakan mereka mengesahkan terlebih dahulu badan kebajikan yang terpilih – sekaligus membolehkan para pengguna membuat sumbangan tanpa ragu-ragu. Pengguna juga boleh mendapatkan resit untuk pengecualian cukai melalui sumbangan yang dibuat – dan seperti biasa, anda boleh tentukan nilai sumbangan yang ingin dilakukan.

Daripada percubaan kami, Maybank Heart hanya menyokong pembayaran melalui Maybank2U, atau kad kredit sahaja buat masa ini. Sokongan untuk pembayaran daripada bank-bank lain dijangka disertakan tidak lama lagi.

Layari – Maybank Heart






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eIIKy1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.