Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu AS, Trump..!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu AS, Trump..!!

84

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada calon Parti Republikan, Donald Trump di atas kemenangannya  sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45.

Najib dalam satu kenyataannya menyatakan kemenangan Trump adalah disebabkan mendengar rayuan rakyat yang mahu melihat AS kurang mencampuri hal ehwal luar negara.

“Pendekatan beliau terhadap rakyat AS yang ketinggalan, mereka yang ingin melihat kerajaan lebih tertumpu kepada kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Juga kurang mencampuri hal ehwal asing yang terbukti membelakangkan kepentingan AS sendiri, berjaya membawa Trump ke Rumah Putih,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Najib turut menyifatkan bahawa kejayaan Republikan dalam pilihan raya kali ini ‘luar biasa’ di mana, Trump membuktikan amalan pengundian pendapat dan ulasan media ternyata adalah salah.

“Kejayaan Trump menunjukkan ahli-ahli politik tidak boleh ambil mudah pengundi. Undian pendapat dan tokoh-tokoh politik, semua memandang ringan atas kekuatan sokongan beliau,” katanya lagi.

Pada akhir ucapannya, Najib berharap dapat meneruskan kerjasama negara ini dengan AS di bawah pimpinan Trump sekali gus mengimpikan peluang untuk bertemu dengan jutawan terkenal itu.

The post Najib Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu AS, Trump..!! appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.