Apple Mengaktifkan Penggunaan Ringgit Malaysia Untuk Pembelian Kandungan Di AppStore
Seperti mana yang dijanjikan, hari ini Apple telah mula mengaktifkan penggunaan Ringgit Malaysia untuk harga aplikasi, menggantikan penggunaan USD sebelum ini. Perubahan paparan harga ini meliputi kedai aplikasi iOS, macOS dan juga iTunes.
Dengan perubahan ini, beberapa aplikasi yang sebelum ini ditawarkan pada harga $0.99 kini dijual pada harga RM3.90 – yang mana boleh dikatakan menawarkan sedikit penjimatan kepada pengguna tempatan. Perkara ini juga mungkin membuka peluang kepada lebih ramai membeli aplikasi dan tidak lagi perlu melalui proses sukar untuk membuat pengiraan pertukaran mata wang sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Untuk filem pula, Apple menawarkan ia pada harga RM29.90, sementara langganan Apple Music adalah pada harga RM14.90 untuk individu dan RM22.90 untuk langganan keluarga.
Bersama-sama dengan perubahan ini, Apple turut telah melancarkan sebuah promosi khusus dinamakan sebagai Treat Yourself. Ia akan berlangung daripada hari ini sehingga 22 Disember kelak, dimana menawarkan pelbagai promosi di iTunes, App Store dan juga Apple MUsic.
Layari : Apple Treat Yourself
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2gezQG2
Post a Comment