Rasmi : Fitbit Mengambil-Alih Aset Perisian Pebble – Tiada Lagi Produk Pebble
Setelah pelbagai laporan dan desas-desus sebelum ini, hari ini secara rasminya pihak Pebble mengumumkan yang mana mereka akan menutup syarikat mereka. Sebahagian besar pasukan Pebble akan menyertai Fitbit, dimana perisian dan sistem operasinya akan terus dibangunkan.
Sebaliknya, tiada lagi produk Pebble akan ditawarkan selepas ini. Mereka yang ada membuat tempahan untuk produk Pebble baru akan menerima wang mereka kembali dalam beberapa minggu akan datang.
Pebble sebelum ini telah memulakan syarikat mereka melalui Kickstarter, dan menjadi antara produk popular pada platform tersebut. Sehingga kini, ia mempunyai peminatnya tersendiri – terutamanya disebabkan oleh penawaran peranti dengan masa bertahan bateri yang lama.
Untuk Fitbit sendiri, pengambil-alihan platform ini akan memberikan kelebihan dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena peranti boleh-pakai.
Tiada nilai transaksi yang diumumkan oleh kedua-dua pihak. Namun, mengikut spekulasi, ia dianggarkan sekitar $40 juta.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2gU2Reb
Post a Comment