Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rafidah Aziz: Yang bawa “kesipuan” dalam majlis ialah orang terpalit skandal, rasuah, salah urus tadbir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rafidah Aziz: Yang bawa “kesipuan” dalam majlis ialah orang terpalit skandal, rasuah, salah urus tadbir

Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa terkejut dengan keputusan menarik balik jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baharu minggu depan.

“Saya membaca dengan rasa tidak percaya, tetapi malangnya ia berita yang betul,” tulisnya dalam kiriman Facebook.

Rafidah yang pernah berkhidmat di bawah kabinet Dr Mahathir itu berkata bekas perdana menteri itu dianugerahkan darjah tertinggi negara oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Adakah kehadiran mereka dianggap oleh pihak-pihak tertentu akan mencemarkan majlis?” soalnya.

Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengesahkan menghantar surat kepada Dr Mahahir dan isteri memaklumkan keputusan menarik balik jemputan ke majlis pada 13 Disember di Istana Negara bagi melantik Agong baharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad antara lain menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan kerusi dan oleh itu tidak mahu membawa “kesipuan” kepada Dr Mahathir sekiranya hadir.

Rafidah berkata yang sebenarnya membawa kepada “kesipuan” dalam sesebuah majlis adalah kehadiran mereka yang “berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir”.

Menurutnya, Dr Mahathir banyak berjasa ketika menerajui kerajaan dan “mengharumkan nama Malaysia dan rakyatnya”.

“Bahkan saya lihat di masa-masa lepas Ketua Pembangkang pun ada tempat dalam acara-acara rasmi kerajaan,” tegasnya.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam respon ringkas di blognya hari ini berkata beliau sebelum ini bersetuju memenuhi jemputan itu kerana menganggap ia tidak ada kena mengena dengan politik kepartian.

“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti,” kata Dr Mahathir menyindir. – FMT

KLIK BACA: LHDN sepatutnya siasat harta dimiliki Jho Low

DIKEMASKINITun Mahathir ulas pembatalan undangan ke istiadat agong

DIKEMASKINIHarap ada VIP sudi beri kerusi pada Dr Mahathir di istiadat agong – Syed Saddiq

TERKINITun Mahathir jawab MB Johor orang asing dapat kerakyatan tak munasabah?

KLIK BACA: Mahfuz: Walak Najib walak ‘kongsi gelap’

KLIK BACA: Dr Mahathir didakwa hina Nabi Muhammad, NGO buat laporan polis

KLIK BACA: Peguam Tun M tuduh pembantu Rosmah sebar fitnah konon Tun M perlekeh Nabi Muhammad

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

The post Rafidah Aziz: Yang bawa “kesipuan” dalam majlis ialah orang terpalit skandal, rasuah, salah urus tadbir appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gfqTRn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.