Gartner : Menjelang 2019, 20% Interaksi Pada Telefon Pintar Akan Menggunakan Pembantu Digital Maya
Pada hari ini, kita sedia melihat pelbagai syarikat teknologi mula memfokuskan kepada sokongan pembantu digital maya. Google sendiri telah mula memperkenalkan Google Assistant melalui Android dan beberapa produk mereka, sementara Apple melalui Siri dan Microsoft pula dengan Cortana. Samsung turut diperkatakan bakal mengintegrasikan sokongan pembantu digital maya pada Galaxy S8 akan datang mereka.
Bercakap mengenainya, firma penganalisa popular, Gartner kini menyasarkan menjelang 2019 kelak, sekitar 20% daripada interaksi pengguna pada telefon pintar dijangka akan menggunakan pembantu digital maya.
Ia dikatakan pembantu digital maya ini akan mengubah kaedah bagaimana kita berinteraksi, dan pengguna akan lebih selesa menggunakannya. Buat masa ini, pembantu maya ini sekadar membuat beberapa tugasan asas sahaja, tetapi ia dijangka akan membantu dalam pelbagai tugasan lain yang lebih kompleks pada masa akan datang.
Gartner turut menyasarkan yang mana arena kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan pembantu digital ini akan menjadi salah satu fokus utama ramai pengeluar dan pembangun bermula 2017 ini.
Disamping itu, Gartner turut menyasarkan yang mana sekitar 2020 kelak, majoriti peranti boleh beroperasi tanpa menggunakan sentuhan – atau dengan hanya sentuhan minimal, termasuk melalui penggunaan arahan suara dan sebagainya.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2i1KKn9
Post a Comment