Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mengasingkan Bahagian Projek Kereta Autonomi Kepada Syarikat Tersendiri Dinamakan Waymo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mengasingkan Bahagian Projek Kereta Autonomi Kepada Syarikat Tersendiri Dinamakan Waymo

Alphabet Inc (syarikat utama disebalik Google) hari ini mengasingkan projek kereta autonomi mereka kepada sebuah perniagaan dan syarikat tersendiri dinamakan Waymo, sekaligus membolehkan mereka lebih memfokuskan dalam mengubah industri pengangkutan.

Google sendiri sebelum ini telah membangunkan teknologi kereta autonomi mereka selama lebih 6 tahun, dan ia dibangunkan sebagai sebahagian daripada makmal kajian Google X. Waymo terhasil daripada fasa kajian kepada syarikatnya tersendiri – yang mana kini milik penuh Alphabet.

Waymo

Projek kenderaan autonomi ini sendiri telah melalui perubahan pengurusan beberapa kali, apatah lagi dengan pengeluar kenderaan yang memulakan projek sistem autonomi mereka, termasuk syarikat lain seperti Uber dan Tesla.

Waymo sendiri dikatakan merancang untuk memulakan perkhidmatan perkongsian pemanduan seperti Uber menjelang penghujung 2017 kelak, dan ia dijangka dijayakan dengan bekerjasama bersama Fiat Chrysler.

Langkah seterusnya untuk Waymo adalah termasuk untuk membolehkan pengguna menggunakan kenderaan mereka untuk tugasan harian, seperti berulang-alik ke pejabat, berjalan-jalan, dan sebagainya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hrMqnb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.