Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Memperkenalkan Sokongan Siaran Video Langsung Melalui Aplikasi Android Dan iOS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Memperkenalkan Sokongan Siaran Video Langsung Melalui Aplikasi Android Dan iOS

Sokongan siaran video langsung telah menjadi fokus beberapa pihak akhir-akhir ini. Facebook sendiri telah memperkenalkannya melalui Facebook Live dan juga Instagram. Kini, Twitter turut tidak ketinggalan dan memperkenalkan sokongan lebih kurang sama pada aplikasi Android dan iOS mereka.

Twitter mengatakan sokongan siaran langsung ini sekaligus memudahkan lagi pengguna memberikan gambaran mengenai apakah yang sedang berlaku sekitar mereka – berbanding hanya teks dan gambar.

Sokongan siaran langsung ini dikuasakan oleh Periscope – satu lagi aplikasi yang dimiliki oleh Twitter. Walaubagaimanapun, pengguna boleh membuat siaran langsung ini tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan.

Pada aplikasi Twitter, ketika ingin Tweet, pengguna hanya perlu tap pada “LIVE”, dan anda boleh memulakan siaran dengan menekan “Go Live”. Seperti biasa, penonton boleh meninggalkan komen dan ia dipaparkan pada skrin anda.

Menurut Twitter, kemaskini baru ini bakal hadir kepada semua pengguna iOS dan Android dalam beberapa hari lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hvvLz6

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.