Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Kini Membolehkan Anda Menyimpan Gambar Untuk Dilihat Pada Kemudian Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Kini Membolehkan Anda Menyimpan Gambar Untuk Dilihat Pada Kemudian Hari

Instagram hari ini telah memperkenalkan satu lagi ciri baru pada perkhidmatan mereka, iaitu kebolehan untuk “Save” gambar – yang mana melibatkan gambar daripada rakan-rakan mahupun akaun Instagram lain. Melalui fungsi ini, setiap gambar berkenaan akan ditandakan dan disimpan pada sebuah tab khusus pada profil yang hanya boleh dilihat oleh seseorang pengguna sahaja.

Instagram Save

Fungsi ini mungkin sangat berguna bagi anda yang ingin merujuk semula sesuatu gambar pada kemudian hari – terutamanya sekiranya ia melibatkan sesuatu perkongsian tips, ataupun promosi jualan dan lain-lain.

Melalui fungsi ini, sebuah butang khusus diperlihatkan dibawah semua gambar, dan pengguna boleh menyimpan atau bookmark ia dengan menekan ikon berkenaan. Gambar berkenaan kemudian akan ditambah masuk ke sebuah halaman tab baru yang boleh diakses melalui profil. Gambar yang disimpan hanya boleh dilihat dan diakses oleh anda sahaja.

Fungsi ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula daripada hari ini.

Instagram Save






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2huEuEp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.