Hi! Welcome Back and Stay Tune! Steam Kini Menawarkan Sokongan Untuk Alat Kawalan Permainan DualShock 4 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Steam Kini Menawarkan Sokongan Untuk Alat Kawalan Permainan DualShock 4

Steam merupakan salah satu platform permainan popular pada arena PC, dan dibangunkan oleh Valve. Selepas menjanjikan sokongan untuk alat kawalan PlayStation 4 pada platform tersebut, kini akhirnya melalui kemaskini terbaru Steam, ia direalisasikan.

Melalui versi terbaru Steam, pengguna boleh menghubungkan alat kawalan permainan PS4 DualShock, dan menggunakannya dalam mengawal permainan. Pihak Steam turut menyediakan antaramuka khusus dalam menetapkan kawalan yang diingini untuk setiap butang pada alat kawalan berkenaan tanpa perlu memuat-turun sebarang perisian tambahan.

Pengenalan sokongan untuk DualShock 4 ini juga sekaligus menawarkan alternatif lain kepada pengguna dalam usaha memudahkan lagi mereka memainkan sesuatu permainan pada platform PC.

Bagi anda yang mempunyai alat kawalan DualShock 4, mungkin boleh mencubanya dengan mengemaskini perisian Steam anda hari ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hviOIq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.