Microsoft Akan Menghalang Paparan Kandungan Flash Pada Edge – Perlu Diaktifkan Secara Manual
Pelbagai pembangun pelayar web telah mengatakan akan mula menghentikan sokongan paparan Flash, dan lebih memfokuskan kepada kandungan HTML5 disebabkan oleh beberapa perkara – termasuk kerana prestasi dan juga sekuriti. Kini, Microsoft juga mengumumkan perkara sama.
Melalui kemaskini Windows 10 Creators Update yang bakal hadir pada awal 2017 kelak, Microsoft melalui pelayar web Microsoft Edge mereka akan mula menghalang paparan kandungan berbentuk Flash. Pengguna akan dipaparkan dengan menu khusus meminta mereka supaya ingin menjalankan kandungan berkenaan ataupun sebaliknya.
Microsoft menekankan yang mana kandungan HTML5 adalah lebih baik dan akan disokong selepas ini, memandangkan penawaran prestasi dan sekuriti yang baik – disamping penawaran masa penggunaan bateri yang lebih lama.
Selain Microsoft, sebelum ini Google dan Mozilla turut telah mengumumkan perkara sama.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hwHzB5
Post a Comment