Harap peminat Ukays terhibur UKAYS
Pada 24 Mei 2016, kumpulan Ukays sepatutnya mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, atas beberapa halangan perancangan itu tidak dapat dilaksanakan.
Antara halangannya ialah komposer Saari Amri yang banyak mencipta lagu untuk Ukays tidak membenarkan kumpulan itu menyanyikan lagu yang dimuatkan dalam album mereka dalam mana-mana acara pun.
Bekas penyanyi kumpulan itu, Amir juga dikatakan tidak senang apabila Ukays mahu mengadakan persembahan itu.
Amir meninggalkan Ukays kira-kira 20 tahun lalu untuk bergerak solo.
Bagaimanapun, anggota Ukays, Amy tidak berputus asa dan mengadakan perbincangan dengan Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) dan syarikat rakaman Universal Music yang menerbitkan album Ukays.
Pertemuan itu melegakan Amy apabila kedua-dua pihak memaklumkan tiada halangan untuk Ukays menyanyikan lagu yang pernah mereka rakamkan kerana semua lagu itu adalah hak cipta Universal Music dan bukan hak milik individu.
Menurut Amy, selama ini dia sebagai anggota asal Ukays juga tidak pernah menghalang apabila Amir masih mengekalkan nama Ukays pada penghujung namanya tetapi Amir tidak boleh mendakwa Ukays sebagai miliknya.
“Kami tidak pernah mengganggu urusan dia. Jadi, saya harap dia juga tidak mengganggu sebarang perancangan kami. Saya ada juga dengar dia teringin membuat persembahan dengan Ukays dan saya tiada halangan bekerjasama dengannya. Namun, dia tidak pernah datang berjumpa saya.
“Jangan salahkan Ukays apabila kami tidak menjemputnya dalam mana-mana persembahan kerana dia juga tidak pernah mengajak kami untuk membuat persembahan dengannya.
“Tahun lalu dia mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Melaka dan Pulau Pinang dengan kumpulan Indera Band,” katanya.
Melupakan apa yang sudah terjadi, kali ini hasrat Amy bersama Ukays untuk mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur menjadi kenyataan iaitu pada 14 Mei ini jam 3 petang.
Ukay kini memiliki penyanyi baru iaitu Ady, 22, yang juga anak didik Amy.
Amy berkata, selepas dua tahun bersama Ukays, dia yakin dengan kemampuan Ady, lebih-lebih lagi vokalnya dikatakan mirip Amir.
“Kami sengaja mencari penyanyi yang memiliki vokal hampir sama dengan penyanyi asal kerana kami mahu mengekalkan keunikan Ukays. Kebetulan, Ady memiliki ciri itu dan dia juga salah seorang peminat Ukays.
“Tidak dinafikan, pengaruh Amir cukup kuat bersama Ukays dan orang ingat lagu-lagu Ukays kerana vokal Amir. Kami percaya Ady juga mampu membawa aura yang sama walaupun dia lebih muda daripada anggota lain,” katanya.
Tidak tutup pintu buat Amir
Jika Amir berhasrat menyertai Ukays dalam persembahan itu, Amy tidak ada masalah mengenainya.
“Jika dia nak datang menyanyi pada persembahan Ukays, saya okey saja tetapi dia kenalah datang berjumpa saya,” katanya.
Dalam persembahan itu nanti, Ukays bakal mempersembahkan 12 lagu. Mereka turut mengundang Rani Kulup & Sometimes Group dalam persembahan itu. Tiket showcase berharga RM60.
Menurut Amy, persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur itu akan menjadi kayu pengukur untuk mereka mengadakan persembahan di premis yang sama di Melaka, Kota Kinabalu, Singapura dan Jakarta.
“Kami yakin peminat yang membesar dengan lagu-lagu Ukays akan datang menonton walaupun tanpa Amir,” katanya.
Tiket untuk menonton persembahan itu berharga RM60 dan ia ditaja Ritz Corporate Holding Berhad yang mengusahakan penanaman pokok Guarana.
The post Harap peminat Ukays terhibur UKAYS appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pbr5Rw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment