Jangan Buat 10 Perkara Ini Apabila Baru Mula Bekerja
Korang kat luar sana mesti teruja bila mula-mula dapat kerja kan? Lagi-lagi kalau korang baru je tamatkan pengajian.
Maklumlah tak sabar nak dapat duit sendiri setiap hujung bulan.
Advertisement
Tetapi ramai daripada kita kat luar sana kadang-kadang tu terlalu ‘excited’ bila dapat gaji dan berbelanja sampai lupa dunia.
So kalau nak selamatkan duit tu, ikut 10 perkara ini apabila baru mula bekerja:
1. Jangan beli kereta baru
Kalau baru mula kerja tu, apa kata beli kereta secondhand je. Kalau lelaki tu pakai motor je la lagi jimat. Jangan berangan nak pakai kereta baru tapi duit simpanan habuk pun tak ada.
2. Selesaikan hutang dulu hidup baru berkat
Ini antara perkara paling penting. Kalau rasa berhutang tu, tolonglah bayar. Tak ada hutang korang cakap?? PTPTN tu apa?? Bila dah bayar baru la hidup tu rasa lebih berkat.
3. Jangan lupa simpan duit
“Eh buat apa nak simpan duit. Baik buat enjoy. Kita muda lagi.” Ini namanya hidup terumbang-ambin dan tak ada masa depan. Kalau rasa gaji tak besar simpanlah RM200 sebulan. Kalau rasa berat jugak, simpan RM100 sebulan.
4. Jangan buat pinjaman peribadi/pakai kad kredit
Ramai anak muda buat silap. Masa mula bekerja dah tambah hutang. Lagi teruk kalau buat pinjaman peribadi semata-mata nak kahwin besar-besaran sedangkan gaji setakat RM2000 sebulan.
5. Jangan segan naik kenderaan awam
Kalau tempat kerja tu jauh dan kena tempuh jalan sesak, apa kata korang naik kenderaan awam. Jimat minyak, jimat masa dan murah je. Tak jatuh standard pun kalau naik bas atau LRT.
6. Sentiasa rajin bersedekah, baru Allah buka pintu rezeki
Orang muda sekarang ni nak sedekah RM1 pun berkira. Buat baik pasti akan dibalas baik. Bila rajin bersedekah, barulah Allah bukakan lagi pintu rezeki.
7. Elak sewa rumah, sewa bilik kalau perlu
Kalau datang merantau dari jauh, seelok-eloknya sewa bilik. Kalau nak sewa rumah pun biarlah ramai-ramai. Kurang sikit beban tu.
8. Rajinkan diri cari ‘side income’
Orang yang kaya raya dekat luar sana semuanya rajin bekerja dan cari duit. Kalau rasa gaji tu cukup-cukup makan, apa kata korang cari pekerjaan lain untuk menambah pendapatan. Berniaga online ke.
9. Tak salah berjimat dengan beli barang preloved/bundle
Anak muda sekarang suka amalkan hidup , “Biar papa, asalkan bergaya”. Pakai kasut Yeezy Boost tapi nak makan tak ada duit. Last-last terpaksa pinjam kawan. Bertambah lagi hutang. Apa salahnya beli barang bundle atau preloved yang jauh lebih murah.
10. Rancang beli rumah pertama
Jangan beli kereta, tapi rancang untuk beli rumah pertama anda. Bila anda dah beli rumah baru lah boleh fikir nak beli kereta apa pun anda inginkan. Aset sangat penting untuk masa depan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2peGX6v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment