Hi! Welcome Back and Stay Tune! PROJEK BANDAR MALAYSIA ‘TAK ADA HAL’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PROJEK BANDAR MALAYSIA ‘TAK ADA HAL’

Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, mengesahkan projek Bandar Malaysia masih berlangsung seperti biasa ketika berita melaporkan perjanjian jualan saham (SSA) mengenainya dibatalkan.

Ditemui media di Petaling Jaya hari ini, Mohd Irwan bagaimanapun tidak melayan soalan lanjutan yang dikemukakan kepadanya.

“Projek masih jalan, tak ada hal, (projek) masih jalan,” katanya selepas merasmikan Program i-Labs di Menara Sunway hari ini.

Beliau ditanya semasa meninggalkan majlis berkenaan. Mohd Irwan turut ditanya sama ada perjanjian berkenaan mendapat kelulusan daripada Beijing atau tidak.

Mohd Irwan juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagaimanapun mengulangi jawapannya, iaitu “projek masih jalan”.

Namun Irwan hanya mendiamkan diri ketika ditanya adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan ke China lagi untuk mencari pelabur baru bagi Bandar Malaysia.

Semalam, TRX City Sdn Bhd mengumumkan SSA Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

Dilaporkan konsortium IWH-CREC Sdn Bhd gagal melunaskan RM7.42 bilion untuk mendapat 60 peratus pegangan saham walaupun beberapa kali penangguhan diberikan sejak Disember 2015.
Menurut TRX City, Kementerian Kewangan akan terus mengekalkan pegangan 100 peratus hak dalam Bandar Malaysia dan akan memastikan pembangunan aset harta tanah itu benar-benarmemberi faedah kepada rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini berkata pembatalan SSA Bandar Malaysia tidak menggugat rancangan jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan 1MDB dan membangunkan projek berkenaan.

Kerajaan, katanya, akan mempelawa syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang mempunyai pelan lebih menarik serta komprehensif bagi menjadi pemaju utama projek pembangunan Bandar Malaysia.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pF0lfL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.