YouTube Melancarkan Tujuh Rancangan Tersendiri Yang Boleh Ditonton Secara Percuma
Menghasilkan kandungan tersendiri ialah langkah yang diambil oleh perkhidmatan penstriman video bagi menarik pengguna. Netflix terkenal dengan OITNB dan House of Card manakala iFlix mengumumkan rancangan komedi mereka sendiri. Sebelum ini YouTube melakukan perkara yang sama menerusi YouTube Red yang merupakan sebuah perkhidmatan berbayar. Hari ini mereka mengumumkan tujuh rancangan tersendiri yang boleh ditonton oleh kesemua pengguna secara percuma.
YouTube bekerjasama dengan Kevin Hart, Rhett and Link, Ellen DeGeneres, Katy Perry, The Slow Mo Guys, Demi Lovato dan Ludacris untuk menghasillan kandungan ekslusif. Antara yang ditawarkan ialah Ellen’s Show Me More Show yang hadir dua kali seminggu dan memberikan pandangan belakang tabir rancangan popular Ellen. Terdapat juga Best.Cover.Ever. yang memberikan peluang pengguna seluruh dunia menghantar video nyanyian lagu popular. Sekiranya mereka cukup bagus mereka berpeluang berduet dengan artis asal.
Menarik sekali melihat YouTube yang menyebabkan rancangan TV terancam kini menggunakan resipi lama saluran TV untuk menarik minat penonton di atas talian.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pLUi7A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment